“Dah Macam Burung Puyuh!”- Diva AA Beng4ng Saiz Ayam KFC Semakin Kecil

Artis

Selebriti yang juga pengacara sensasi Azwan Hj Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA meluahkan rasa kec3wa selepas saiz ayam goreng yang dibelinya di restoran makanan segera terkenal, Kentucy Fried Chicken (KFC) kelihatan semakin kecil.

Diva AA Kec3wa 

Menerusi sebuah video berdurasi 44 saat yang dimuatnaik nya di laman Twitter pada Isnin, Diva AA berkata dia tidak menyangka saiz bahagian peha ayam itu kelihatan semakin kecil dan turut menyamakannya dengan saiz seekor burung puyuh.

“Kau tengoklah KFC. Seketul aku dah bedal sebab aku lapar sambil drive seketul lagi kau tengok? Aku order ayam tapi aku tengok semakin hari semakin kecil drumstick ini. Dah macam burung puyuh dah.So to KFC, kot iye pun kau nak untung, kot iye pun kau tak ada stock ketul ayam-ayam yang besar kau jangan jual KFC lah” tegas Diva A

Netizen Setuju Saiz Semakin Kecil 

Dalam tinjauan Murai.my di ruangan komen, rata-rata netizen turut bersetuju dengan pandangan pengacara itu selain turut membandingkan saiz ayam itu dengan beberapa jenama restoran makanan segera lain yang kelihatan lebih besar.

Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut mendapat lebih dari 100 ribu tontonan serta 4 ribu tanda suka daripada pengguna laman Twitter.

 

Sumber: Murai MY

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *