Bunga Citra Lestari Positif Covld-19,Ini Keadaan Terkini BCL

Artis

Di Instagram, penyanyi, Bunga Citra Lestari (BCL) memberitahu bahawa dirinya disahkan positif Cov1d-19. Selain berkongsi mengenai berita tersebut, Bunga sempat memuat naik beberapa foto mengenai keadaanya ketika berada di sebuah hospital di Indonesia.

Jalani proses kuar4ntin

Saya baru dapat keputusan hari ni dan hasil ujian tersebut mendapati saya positif Cov1d-19. Oleh itu, saya sedang menjalani proses kuar4ntin. InsyaAllah saya akan sembuh tidak lama lagi.

Menurut Bunga, dia baru sahaja menerima keputusan swab test hari ini. Sebagai manusia biasa, dia berasa terkejut dan bertindak dengan segera untuk mengasingkan diri buat sementara waktu bagi menjalani proses kuar4ntin di rumah. Bunga turut memberi nasihat kepada masyarakat di luar sana agar sentiasa menjaga kebersihan dan keselamatan diri daripada terkena jangk1tan wab4k ters3but.

Tolong jaga diri sendiri dan keluarga tersayang. Pada masa yang sama, pastikan korang membina sistem imun yang baik. Jangan pandang remeh okay. Semoga kita berjumpa lagi.

Ujarnya lagi, wabak ini sangatlah bahaya dan masyarakat perlu pandai menjaga diri. Tambah Bunga, dia akan kembali pulih tidak lama lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bunga Citra Lestari (@bclsinclair)


Keep strong!

Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis mendoakan semoga Bunga segera sembuh. Di samping itu, mereka turut berharap Bunga akan kembali kuat selepas berjaya melawan wabak tersebut. Selain rakan artis, ibu mentua Bunga iaitu Dida Sinclair turut mendoakan agar menantunya itu kuat dan kembali sihat.

Sumber: Bunga Citra Lestari via OHBULAN!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *