Mas Khan Terpikat Dengan Sifat Penyayang, Keibuan Diana Nasimuddin

Artis

Jika sebelum ini dilihat seperti merahsiakan, namun kini pelakon Mas Khan lebih terbuka mengenai hubungan istimewanya bersama usahawan Diana Nasimuddin.

Baru-baru ini, Mas Khasn menjawab pertanyaan pengikutnya apa yang menbuatkan dia jatuh hati dengan anak kepada jutawan automotif terkenal itu.

Mas Khan berkata Diana adalah segala-galanya dan memiliki pakej yang lengkap sebagai seorang wanita yang diimpikannya. Mas turut menyifatkan Diana seorang yang penyayang, bijak dan bersifat keibuan.

Baru-baru ini, Mas dilihat ada memuat naik perkongsian menerima kejutan hari jadi daripada kekasih hatinya itu. Menerusi entri itu, Mas menitipkan ucapan romantis buat Diana dan mengatakan wanita itu adalah yang perkara terbaik di dalam hidupnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mas Khan (@maskhan_)


Untuk rekod, Diana merupakan salah seorang anak perempuan ahli perniagaan automotif terkenal, Allahy4rham Tan Sri Datuk Sri Utama Sheikh Mohammad Nasimuddin Kamal bin Sheikh Mohamad Amin

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Diana Nasimuddin (@diananasimuddin)


Sumber: ROTIKAYA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *