Kena kuar4ntin di MAEPS dengan ayah, keletah kanak2 ini buat ramai tersenyum

Keluarga

Umum sedia tahu, p4ndemik C0v1d-19 bukanlah satu gurauan atau perkara yang perlu difikir sambil lewa kerana ramai yang telah terk0rb4n angkara v1rus ini.

Setiap hari ada sahaja khabar duka dengan lonjakan k3s positif yang mencecah ribuan k3s di seluruh negara.

Namun, tak salah rasanya untuk kita meredakan kebimbangan tersebut dengan melihat video comel keletah seorang kanak-kanak lelaki yang dikuar4ntin di Pusat Kuarantin MAEPS, Serdang bersama bapanya.

Menerusi perkongsian yang tular, ibu kanak-kanak tersebut dikenali sebagai @yushadz telah memuat naik aktiviti anaknya yang gemar berjalan-jalan keliling pusat kuar4ntin tersebut dan bertegur sapa dengan mereka yang sama-sama dikuar4ntin di sana.

Ibunya telah berkongsi journey anaknya yang dikenali sebagai Iman sepanjang beberapa hari berada di MAEPS, Serdang dan mendapat  jutaan tontonan dalam masa sehari sahaja.

Telatahnya yang bermain di atas katil di pusat kuarantin sangat menghiburkan disamping turut diberikan makanan serta buku lukisan daripada penghuni disana dan frontliners yang bertugas benar-benar mencvri perhatian.

Sebenarnya, Iman dan ayahnya telah dibawa ke pusat kuar4ntin kerana positif Cov1d-19 dan dijemput oleh ambul4ns untuk ke MAEPS, Serdang.

Ibu kepada kanak-kanak tersebut mengakui berasa sangat s3bak ketika itu dan tidak sanggup melihat anaknya yang masih kecil terpaksa berpisah berikutan disahkan positif v1rus berkenaan.

Mujur bapanya juga ada bersama, jadi tidaklah terlalu bimbang akan keadaan Iman.

Namun, pada posting terbaru @yushadz, dia memaklumkan bahawa suami dan anak lelakinya sudah dibenarkan keluar dari pusat kuar4ntin tersebut pada malam semalam.

Dapat dilihat Iman sempat melambai-lambai ke arah drone yang memantau pesak1t disana.

Di akhir perkongsian video-video berkenaan, pengguna TikTok itu sempat memohon agar orang ramai dapat mendoakan kesihatan ahli keluarga mereka yang turut sama disahkan positif c0v1d-19.

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet yang menonton video-video perkongsian yang dibuat ibu kepada kanak-kanak berkenaan turut meninggalkan komen di ruangan TikTok dengan mendoakan agar Iman dan ayahnya cepat sihat.

Mereka juga mengakui berasa sebak melihat kanak-kanak kecil terpaksa dikuarantin kerana c0v1d-19 dan berharap agar pengguna TikTok sekeluarga diberi kekuatan menghadapi dugaan ini.

Sumber: TikTok @yushadz

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv

Sumber : ohmymedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *