Muat Naik Video ‘Lip Sync’ Dialog Filem Pis4u Cvkur, Ramai Rindu Watak ‘Ged1k’ Fazura

Artis

Tidak dinafikan nama selebriti jelita yang terkenal ini, Nur Fazura Sharifuddin atau lebih mesra dipanggil Fazura sering kali meraih perhatian wargamaya di media sosial tanpa perlu membuat sebarang kontrov3rsi. Sifat keperibadian Fazura yang sopan, lemah lembut, manis dan semestinya sangat menawan ini membuatkan ramai dalam kalangan wargamaya telah ‘jatuh hati’ pada Fazura.

Dalam perjalanannya menjadi seorang penggiat seni, Fazura banyak melakonkan watak gadis yang berkarakter seakan ‘gedik-gedik manja’ yang berjaya mencuit hati pencinta filem. Malah, beberapa filem lakonan Fazura banyak dimainkan semula dalam platform online streaming sehingga nama Fazura menjadi sebutan orang ramai di rata-rata media sosial. Baru-baru ini, Fazura memuat naik videonya yang sedang ‘lip sync’ dialog filem Pis4u Cukvr di akaun Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

Menerusi video itu, Fazura membuat lip sync untuk dialog yang pernah tular di aplikasi TikTok iaitu dialog kepada watak Bella dalam filem tersebut. Dialog tersebut merupakan perbualan di antara Bella dan seorang guru yang bertanyakan mengenai cita-cita Bella pada ketika itu.

Tinjauan di ruangan komen hantaran tersebut mendapati ramai dalam kalangan peminat Fazura dan rakan-rakan selebriti turut terhibur dan seolah-olah ‘cair’ dengan reaksi dan mimik muka Fazura yang ‘gedlk’ semasa melakonkan dialog itu. Ramai yang mengakui mereka banyak kali mengulangi video tersebut. “Eii ger4mnya dia ni berapa kali nak kena ulang tengok” luah Hanis Zalikha yang suka melihat video itu. Memang tidak dinafikan aktres jelita Fazura ini mempunyai daya tarikan yang kuat, buat video bersahaja pun mampu menarik perhatian orang ramai dengan ‘kecomelannya’ itu.

Ada juga dalam kalangan peminatnya yang meluahkan isi hati mereka bahawa mereka berasa rindu untuk melihat Fazura berlakon semula, lebih-lebih lagi membawa watak ‘gedlk’ seperti dalam filem Gol dan Gincu dan Pis4u Cvkur ini. Menurut mereka, Fazura adalah antara seorang pelakon yang sesuai untuk memegang watak wanita yang sebegitu dek kerana perwatakannya yang lemah lembut dan bersahaja. Betul juga tu, lama Fazura tak aktifkan diri semula sebagai pelakon kan..

Mungkin juga semenjak sudah berumah tangga dan bergelar seorang ibu ini Fazura berhenti rehat seketika daripada lakonan untuk memberi fokus sepenuhnya kepada tumbesaran puteri sulungnya, Nur Fatima Aisya yang kini telah berusia 8 bulan. Apa-apa pun, kita nantikan bersama di tahun akan datang mungkin Fazura akan mengambil tawaran berlakon semula? Semoga impian kita semua menjadi kenyataan.. Hiks!

Untuk rekod, antara filem-filem terkenal yang dilakonkan oleh Fazura adalah Gol dan Gincu, Manisnya Cinta Di Cappadocia, Langit Cinta dan lain-lain lagi.

Penulis: Aqilah Paharuzi

 

Sumber: Instagram Fazura via Hot FM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *