Ramai yang mengetahui tentang pengacara dan penyanyi Dayah Bakar sebelum ini tinggal berjauhan dengan suaminya iaitu selama lebih setahun kerana faktor kerja.
Pasangan tersebut telah kembali bersatu semula pada Januari 2021 setelah Dayah dan bayinya terbang ke Australia untuk bertemu suaminya, Kapten Muhammad Hanif yang berkhidmat sebagai seorang tentera.
Walaupun begitu, dugaan menjadi isteri kepada seorang tentera sangat lazim apabila ditinggalkan kerana urusan kerja.
Oleh itu, Hari Raya Aidilfitri pada 13 Mei 2021 yang lalu tidak dapat dilaluinya di samping suami.
Akhirnya, pada hari raya ke-27, barulah Dayah, suami dan anaknya berkesempatan untuk bergambar bertiga dengan busana cantik.
“Gambar Raya bertiga, buat pertama kalinya ”
Tidak mengapalah kerana setidak-tidaknya mereka masih dapat meraikan perayaan itu bersama.
Dayah juga sangat bersyukur akan kesempatan tersebut.
View this post on Instagram
Sementara itu, perkongsian ini mendapat perhatian teman-teman beliau pada ruangan komen.
Masih belum terlambat untuk Dayah dan keluarga menyambut Hari Raya Aidilfitri, Syawal kan sebulan!
Sumber: Instagram Dayah Bakar via Hot FM