Foto sekadar hiasan:
Pengajaran pada sang suami…
Aku isteri..anak 5. Telah kem4tian suami setahun lalu. Arwh suami bekerja Ofshore. Gaji mencecah 20k setiap bulan. Keluarga kami bahagia, mempunyai 5 anak.
Saya bekerja, pegawai di Pejabat Perikanan. Gaji saya mencecah 5k.
Rules perbelanjaan kami, barang saya, saya beli sendiri kerana saya ada pendapatan sendiri. Dan sepanjang suami tiada sebulan bekerja, saya akan menanggung semua. Suami bekalkan bayaran bulanan cuma xde la memenuhi keperluan sebulan.
Tapi,saya faham yang suami perlu menanggung ibu bapa dan adik2nya.
Berbalik pada selepas kem4tian suami saya, tidak disangka, suami saya mewasiatkan segala harta kepada anak dan ibunya. Untuk saya isteri dapatlah savingnya yang tak sampai 10k.
Saya terdiam ketika menerima wasiat, saya berdoa dalam hati supaya ibu mertua dapat membantu, cukup untuk mbayar hut4ng suami telah memadai..
Satu2 pihak bank datang..menyatakan hasrat mengutip hut4ng..
Mashaallah..hut4ng suami sy mencecah 300k (credit card,pinjaman,kereta,rumah dll)..
Dengan apa saya mahu bayar…..Sedangkan insurans dan wasiat suami, untuk anak, perlu berumur 18tahun..saya terduduk..
Saya hanya meneruskan pembayaran rumah dan hut4ng2 arwh dan hut4ng saya sendiri. Rumah inilah tempat saya berteduh dengan anak2.
Saya cuba menuntut pada ibu mertua saya untuk meringankan bebanan saya, bukan tidak dibagi.. tapi rm500 bulanan diberi tak mampu nak membiayai anak2 sekolah, makan minum apatah lagi hut4ng.
Saya begitu sed1h… Apa yang tidak disangka.. ibu mertua saya yang dulu baik dengan saya, yang disanjung suami, syurga kepada suami saya, xdisangka bersifat demikian, tidak berlaku adil.
Jawapannya, ibu mertua perlu menanggung bapa mertua xbekerja dan anak2 yang masih sekolah (adik suami). Sedangkan nafkah tu sepatutnya mendahului anak saya.
Saya tak nak gadohkan..saya begitu sed1h, saya perlu hadap dengan anak. Anak kecil saya terpaksa putus susu. Terpaksa disekolahkan disekolah biasa. Makan apa yang mampu.. Barang rumah banyak dijual. Emas saya apatah lagi.
Selepas kjdian, keluarga suami lebih menyepi, mungkin t4kut saya menuntut lebih, saya dah redha. Saya percaya rezeki Allah itu pasti.
Saya berserah pada Allah. Biarlah mereka yang bersalah terima balasannya nanti.
Walhal adik beradik suami yang bekerja bukan kerja biasa2. Tapi masa inilah mereka menganggap saya mampu menanggung dengan kerjaya saya.
Selepas saya kebuntuan, saya menurut kata rakan-rakan sepejabat, saya terpaksa berdaftar ke AKPK, walau hakikatnya hut4ng tu bukan dibuat oleh saya.
Simpanan ASB saya bukan digunakan untuk anak2 saya. Saya membayar sepenuhnya hut4ng suami..
Setiap bulan perbelanjaan wajib saya beli beras, meehoon, biskut, susu, pampers, telur..anak saya yang sebelum ni senang turut sedih bila hari2 perlu makan telur. Itu je saya mampu..
Untuk sang suami di luar, tolong fikirkan semula bila mewasiatkan penama. Fikirkan siapa yang bersusah payah waktu hidup bersama,yang menjaga dan mnguruskan anak.
Fikirkan nafkah mana perlu didahulukan, apatah lagi waktu suami m4ti. Jangan biarkan isteri menanggung hutang, cukup pengalaman saya, bukan untuk memburukkan arwh tapi sebagai pengajaran untuk kalian di luar sana.
Saya tetap sayangkan arwh suami saya.itulah syurga saya.
Kisah dibawah mengenai suami bekerja di Offshore juga lagi menyedihkan,
Kisah Sedih, Suami Balik Bawa Surat Cerai Selepas Kerja Di Offshore
Ini satu perkongsian yang menajdi viral di laman media sosial Twitter. Seorang pengguna berkongsi kisah sayu tentang seorang isteri yang dicerai oleh sang suami yang bekerja di offshore.
Dikatakan suaminya pulang dari kerja offshore dan membawa surat cerai.
Jom baca kisah ini:
“Sorang kakak kat tempat kerja i cerita pasal kes dia bercerai. Dia cerita suami dia tu kerja offshore. Sepanjang perkahwinan kalau suami dia tu ada kat rumah, kakak tu dilayan bak puteri. Nak apa semua dapat. Takda bergaduh besar. Boleh dikatakan perkahwinan tu bahagia la.
“Dikurniakan seorang putera. Satu hari, suami dia baru balik dari kerja kat Labuan selama (i tak ingat), sampai rumah dah lewat malam. Tapi kelakuan suami dia dah macam lain la sikit. Tak mesra sangat. Keesokkan hari, suami dia cakap nak pergi kenduri kahwin.
“Bila kakak tu nak ikut, suami dia kata. Tak payah la. So, akak tu just okay jelah. Bila si suami balik dari kenduri, dah siap-siap mandi semua. Suami dia cakap kat akak tu “saya minta maaf saya dah lukakan hati awak” kakak tu tanya “kenapa?”.
“Suami dia jawab, “saya dah jumpa dengan seseorang yang saya tak dapat lepaskan lagi.”. Luruh hati kakak tu, dia diam dan berkurung je dalam bilik air. Lepas tu dia jalani hari macam biasa tanpa bercakap dengan suami dia. Suami dia pergi offshore semula pun. Dia diam.
“Sampai lah suami dia balik semula dari tempat kerja tu. Pergi semula Labuan. Cakap ada hal nak settle. Balik sini semula lepas beberapa hari, suami dia bawa balik surat cerai dan masa tu suami dia cakap “segala apa yang awak dapat sekarang takkan kurang walau sesen pun”
“Luruh lagi hati kakak tu. Sumpah i yang dengar pun sebak sekali. Sampai i macam, ya Allah kenapa lelaki, perempuan bukan nak kan duit tu semua. Perempuan nak kau la. Sumpah sebak dengar akak tu cerita.
“Dia pun cakap jadi sekarang memang nafkah anak, rumah, bil air api, duit belanja bulanan semua. Si bekas suami dia tu bagi lagi. Tapi dia cuma tak dapat miliki suami dia tu je. Kakak tu dah cerai dah masuk 6 tahun macam tu. Dia cakap dia masih belum dapat redha sepenuhnya.
“Bukan dia tak cuba. Dia dah cuba. Tapi macam tak dapat terima perbuatan suami dia camtu. Apa salah dia. Apa dosa dia. Sumpah la weh sedih!
“Fyi, diaorang kenal sebelum kahwin tu 7 tahun, kahwin dah 10 tahun masa bercerai. Gila ke tak sedih. Takda pasal-pasal kena cerai sebab perempuan lain sedangkan kau bahagia je. I tak tahu nak cakap apa.
“Since cerita i ni ramai yang baca, i mohon korang doakan untuk kakak tu terus kuat dan dapat redha sepenuhnya dengan apa yang berlaku dan dia peroleh balasan baik yang setimpal dengan pengorbanan dia. Doakan yang baik-baik untuknya. Terima kasih semua. I dah tanpa kata.
Sumber: @thenurazira/Viral Media Johor via https://f-uh.com/