“Pregnant Lagi Ke?”- Perkongsian Amyra Rosli Yang Terbaru Melalui Laman Instagramnya Mengundang Tanda Tanya.

Artis

Anak merupakan antara rezeki terbesar buat pasangan suami isteri. Ia juga merupakan satu rahsia yang kadang-kadang kita juga tidak fahami. Ada pasangan yang diberikan zuriat awal namun ada juga pasangan yang lambat mendapat zuriat. Ada pula pasangan yang anaknya masih kecil tetapi sudah mengandung lagi dan ada pula yang menunggu bertahun-tahun demi mendapat satu lagi zuriat. Banyak situasinya namun yang pasti semuanya adalah rezeki.

Perkongsian Amyra Rosli yang terbaru melalui laman Instagramnya mengundang tanda tanya wargamaya. Amyra berkongsikan sekeping gambar bersama dengan suaminya, Amar Bahrin dan juga seorang doktor. Kata Amyra menerusi kapsyennya, hari ini adalah “checkup day”.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Madam Amyra (@aamyrarosli)

Terma “checkup day” selalunya digunakan oleh mereka yang menghidapi penyakit dan harus berjumpa dengan doktor secara konsisten melalui temu janji atau pun biasanya digunakan oleh wanita yang mengadung kerana mereka perlu berjumpa dengan doktor bagi memeriksa kondisi kesihatan diri serta bayi secara konstan.

Bila melihat kepada gambar yang dikongsikan mereka bertiga nampak gembira sepertinya ada berita gembira. Meninjau ke ruangan balas, rata-rata wargamaya tertanya-tanya “eh Amyra pregnant lagi ke?”. Ramai yang memberikan emoji love tanda suka jika benar “desas-desus” yang dikatakan.

Sejak berkahwin, pasangan selebriti ini telah dikurniakan 2 orang anak iaitu Aqeef Anaqi dan Ayra Aryssa yang masing-masing berumur 4 tahun dan 1 tahun. Apa pun kita doakan yang baik-baik buat Amyra Rosli serta Amar Bahrin. Semoga ada rezeki buat mereka.

 

Sumber: Amyra Rosli via Hot FM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *