“Kampung 100%” Ameera Khan Dedah Jika Diberi Pilihan Mahu Pindah Ke Kelantan

Artis

Sering dikatakan persis Kylie Jenner tetapi versi Malaysia, Ameera Khan atau nama komersialnya Little Miss Khan (LMK) yang kini sudah berhijrah dilihat semakin manis mengenakan hijab.

Mengikuti perkembangan terbaharu, Ameera yang juga adik kepada selebriti terkenal iaitu Neelofa baru-baru ini telah membuka ruangan ask me a question kepada pengikut di laman Instagram miliknya untuk bertanyakan apa sahaja soalan.

Antara soalan yang diterima adalah, adakah Ameera memilih untuk tinggal di Kuala Lumpur ataupun Kelantan.

Tanpa ragu-ragu, Ameera menjawab dengan penuh yakin bahawa beliau memilih Kelantan jika diberi pilihan berbanding Kuala Lumpur.

Rasanya pengikut Ameera pasti sudah sedia maklum dan mengetahui bahawa Ameera sememangnya berasal dari Pasir Mas, Kelantan sebelum berpindah ke Kuala Lumpur, mungkin sebab itu beliau lebih memilih negeri Cik Siti Wan Kembang tersebut.

Siapa sangka gadis yang memiliki perwatakan bandar dan sentiasa berani bereksperimentasi dengan fesyen ini juga sebenarnya lebih memilih untuk tinggal di kampung berbanding bandar seperti yang didedahkan di laman Instagramnya.

Dalam pada itu, mengikuti perkembangan beliau yang kini sudah berhijab, ada yang bertanyakan bagaimana perjalanan hijrah Ameera setakat ini, beliau tampil menjawab memberitahu bahawa dirinya sangat bahagia dan tenang.

Kami di Hot FM turun tumpang gembira buat Ameera dan mendoakan beliau terus istiqomah.

Sumber : Instagram Ameera Khan via Hot FM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *