Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan keluarga selebriti, Fasha Sandha dan suami iaitu Aidil Aziz dimana mereka berdua semakin bahagia juga selepas dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.
Pada 7 Ogos tahun lalu, pelakon popular itu selamat melahirkan cahaya mata ketiganya yang dinamakan Aisha Amaira dan nampaknya kehidupan dia bersama puterinya itu sering menjadi tumpuan peminat anak selebriti.
View this post on Instagram
Mana tidaknya, kecomelannya saling tak tumpah seperti ibunya dan wajah Aisha Amaira pula dikatakan seiras Aidil Aziz membuatkan keluarga selebriti ini sekali lagi menjadi tumpuan dalam satu rakaman video terbaharu.
Fasha Sandha melalui ruangan Instagram peribadinya selain berkongsikan perkembangan kerjaya dirinya sebagai pelakon, dia juga kadangkala memuat naik telatah anak-anaknya dan terbaharu ini pula, dia merakamkan kenangan suaminya bersama Aisha Amaira.
Walau bagaimanapun, tidak disangka-sangka videonya itu rupanya memaparkan telatah lucu Aidil Aziz yang sentiasa tersengih disaat menyiapkan Aisha Amaira. Hantaran di ruangan Instagram ini, Fasha Sandha berkata disaat PKP inilah suaminya itu mempunyai banyak masa untuk menyiapkan anak.
View this post on Instagram
Berikutan hal itu juga, dia ingin merakamkan video seperti content popular yang ramai hasilkan untuk dijadikan kenangannya.
“Comelnya anak kak Fasha macam marshmallow gebu-gebu…”
“Aidil siapkan Aisha…”
“Kenapa comel sangat…”
Sumber: HCL