Teruk Dic4ci M4ki, Akibat Penangan ‘Che Salmah’, ‘Huda’, ‘Opah’

Artis

Kuala Lumpur: Tahun ini menyaksikan pelbagai karya drama bersiri menghiasi kaca TV tanah air. Pada masa sama, karakter-karakter antagonis atau ‘jahat’ cukup mendapat perhatian.

Malah, kebanyakan nama karakter antagonis ini sentiasa tular di media sosial akibat mendapat pelbagai cerc4an, dim4ki dan sangat dib3nci oleh penonton.

Bagi pelakon dan pengacara, Didie Alias yang memegang karakter sebagai Che Salmah dalam drama Takdir Yang Tertulis sebelum ini, seseorang pelakon tidak boleh salah langkah dalam melakonkan watak antag0nis.

“Karakter antagon1s ini bukanlah sesuatu yang mulia. Kalau salah langkah, ia boleh membahayakan kita. Tapi kalau kena caranya, ia boleh menaikkan nama kita.

“Dalam drama Takdir Yang Tertulis, karakter Che Salmah bukanlah antagon1s yang tipikal, sebaliknya bercampur dengan komedi,” katanya.

Berkongsi mengenai reaksi penonton paling aneh pernah diterima, Didie tidak menganggap mesej-mesej itu sebagai sesuatu yang mencuit hatinya.

“Ada yang menghantar mesej di Instagram saya 24 jam tulis perkataan buruk dan tidak elok. Carvtan dan m4kian pula bukan lagi benda asing, sebab memang ramai yang hantar mesej dan komen begitu,” katanya.

Pelakon dan penyanyi, Marsha Milan pula yang memegang karakter sebagai Huda dalam Rindu Awak Separuh Nyawa, menyifatkan karakter jah4t lakonannya adalah ‘tersembunyi’.

“Berbanding karakter antagon1s lain, lakonan saya sebagai Huda sebenarnya tak ada buat apa-apa yang j4hat pun, tapi sikap ‘bvsuk hati’ itu banyak ditonjolkan menerusi dialognya.

“Kalau reaksi pula, saya menerima pelbagai makian, bahkan ada yang berbaur ugvtan. Namun, yang menakutkan saya adalah kalau ada penonton yang terbawa-bawa rasa marah itu walaupun drama ini sudah tamat,” katanya.

Bagi pelakon senior, Datin Fadilah Mansor yang sinonim dengan karakter lemah lembut sebelum ini, watak sebagai Opah dalam drama Sabarlah Duhai Hati juga berjaya membuatkan ramai penonton s4kit hati padanya.

“Saya sendiri pun tak sangka yang ramai penonton boleh rasa s4kit hati sangat dan terkesan dengan karakter Opah itu sampai ada yang samakan saya dengan pelbagai jenis binatang.

“Mungkin sebab ramai yang jarang melihat saya melakonkan karakter antagonis sebegitu. Jadi, menerusi karakter Opah, mereka dapat melihat sisi lain lakonan saya,” katanya.

Tidak hanya dirinya menerima kec4man, tempias beruk berkenaan turut dirasakan oleh anak-anaknya di media sosial.

“Anak saya pun ada memaklumkan bahawa ramai juga netizen dan kenalan yang meluahkan rasa marah kepada karakter Opah.

“Apapun, saya anggap itu sebagai reaksi positif. Bila orang benci dan mar4h, ertinya lakonan kita menjadi serta berjaya memberi impak kepada penonton,” katanya.

 

Sumber: HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *