“Solat Tak Khusyuk, Ada Suara Sangat Kuat Dalam Kepala”

Artis

Baru-baru ini, pelakon Janna Nick mengejutkan ramai apabila mendedahkan dirinya menghidap peny4kit bip0lar. Janna berkata dia masih lagi menjalani raw4tan dengan pakar s4kit j1wa.

Menurut Janna, dia menyedari menghidap bip0lar apabila sering tidak khusyuk ketika solat menunaikan solat kerana terganggu dengan ‘suara’ dalam kepala yang sangat kuat.

“Solat pun susah khusyuk dan fokus sebab ada suara yang sangat kuat dalam kepala saya. Saya jadi tidak fokus sehingga saya tidak lagi mampu untuk tanganinya.

“Bila saya sudah tidak boleh kawal keadaan, itu yang menyebabkan saya berjumpa dengan doktor dan saya disahkan menghidap bip0lar,” katanya.

Dalam pada itu, Janna berkata masalah bip0lar yang dialaminya bertambah teruk sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila terpaksa menangguhkan kerja sehingga menjadi banyak.

“Sampai satu tahap sehingga saya tidak ada masa rehat untuk diri sendiri dan menjadi terlalu penat,” katanya.

Kata Janna lagi, dia masih dalam proses untuk mencari ub4t yang sesuai untuk mengatasi masalah bip0lar yang dialaminya dan sudah empat kali menukar ub4t.

“Sudah empat kali saya tukar ub4t. Kerja saya sebagai pelakon memerlukan saya bermain dengan emosi yang sangat maksimum.

“Kalau sed1h kena betul-betul sed1h. Kalau mar4h saya kena jadi seorang pem4rah. Tapi kalau saya ambil ub4t, saya akan jadi tenang,” katanya.

 

Sumber: ROTIKAYA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *