“Baby PKP Ke?” Tahniah! Vivy Yusof Kini Hamil Anak Keempat

Artis

Siapa sangka tahun 2021 merupakan rezeki besar buat usahawan terkenal iaitu Datin Vivy Yusof apabila beliau kini disahkan hamil anak keempat!

Perkara itu disahkan sendiri oleh Vivy menerusi posting terbaharunya di laman Instagram pada 4 Jun.

Berita gembira itu turut diraikan oleh rakan terdekat dan pengikut setianya di laman Instagram yang selama ini menantikan cahaya mata baharu daripadanya yang juga merupakan seorang personaliti media sosial.

 

Lebih melucukan, Vivy turut sempat bergurau mengatakan bahawa kemungkinan cahaya mata keempat ini akan mengikut wajah suaminya iaitu Fadza Anuar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Vivy Yusof (@vivyyusof)


Apa pun, kami di Hot FM mengucapkan ribuan tahniah kepada Vivy dan Fadza atas berita gembira itu.

Semoga Vivy dan kandungan berada dalam keadaan sihat sentiasa.

 

Sumber foto: Instagram Vivy Yuso via Hot FM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *