“Jualan dapat sambutan luar biasa..” Pendapatan Kurang, Ini Yg Dilakukan Siti Nordiana

Artis

Pelaksanaan sekatan pergerakan penuh (SPP) yang bermula hari ini hingga 14 Jun ini dilihat bakal memberi kesan lagi terhadap golongan penyanyi dan pemuzik selepas lebih setahun tidak berpeluang mengadakan persembahan dan konsert bersama peminat.

Melihat situasi sukar ketika ini, penyanyi Siti Nordiana atau mesra disapa Nana mengakui perlu mencari jalan alternatif untuk meneruskan kelangsungan hidup.

 

Foto: IG

“Penyanyi antara yang terjejas kerana tawaran nyanyian sangat terhad dan sudah tidak seperti dulu. Saya memang dah lama tak buat persembahan.

“Namun, saya bersyukur wang simpanan yang saya kumpul sebelum ini dapat digunakan untuk menampung kehidupan. Saya juga hadkan perbelanjaan dengan membeli apa yang penting saja.

“Selain itu, saya juga dapat tawaran membuat ulasan produk serta menjalankan beberapa kempen di Instagram. Jadi sedikit sebanyak dapat menambah pendapatan selain saya mengambil inisiatif menjual album zikir di platform dalam talian.

“Tak sangka jualan album terbabit mendapat sambutan luar biasa dan kini dalam perancangan untuk jualan kedua,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nordiana Alias (@sitinordiana)

Menurut Nana, biarpun sudah lama tidak bersua muka dengan peminatnya namun dia menggunakan platfrom media sosial sebagai medium untuk memastikan dirinya terus diingati.

“Kalau ada waktu terluang saya selalu aktif di platform Smule dan We Sing. Saya akan menghiburkan peminat supaya mereka tahu yang saya masih aktif menyanyi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nordiana Alias (@sitinordiana)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nordiana Alias (@sitinordiana)

“Saya juga selalu berinteraksi dengan peminat menerusi Instagram Live dan membuat persembahan dari rumah.

“Dalam keadaan sekarang ini saya perlu kreatif dan menggunakan media sosial sebaik mungkin. Saya gunakan platform YouTube yang saya ada dengan berkongsi segala aktiviti dan ‘cover’ lagu yang saya minat kerana dari YouTube pun saya boleh tambah pendapatan,” katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro via cari via TTK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *