Instafamous Namakan Anak Baru Lahir Alva Velisa Dimar, Ramai Puji Uniknya Nama

Artis

Alva Velisa Dimar; demikian nama anak kedua pasangan Instafamous Adira Salahudi dan Ammar Azizan.

Pasangan yang menimang cahaya mata kedua itu dua hari lalu turut berkongsi teaser wajah puteri sulung mereka selain membuka akaun Instagram khas.

“Puteri nama Alva Velisa Dimar. Semoga jadi anak yang solehah dan menyenangkan mama papa yang sayang,” tulis Adira menerusi hantaran di Instagramnya baru-baru ini.

Selain dihujani ucapan tahniah, nama anak pasangan ini turut mendapat perhatian ramai dan memujinya unik!

“Unik betul nama dia tapi apa maksud Alva Velisa? Pertama kali dengar nama tu.

“Dalam bahasa Sepanyol, Alva bermaksud putih, bersih dan cerah.

“Alva pun dalam bahasa Arab bermaksud mengagumkan.

“Velisa tu macam satu perkataan yang baik, setia, cinta something like that.

“Asal maksud baik tak kisahlah nama dia India, nama orang putih, asal makna baik, baiklah tu,” komen pengguna di laman sosial Instagram baharu @alvadimar.

Sehingga kini, akaun yang hanya dikemaskini dengan sekeping foto itu mengumpul lebih 80,000 pengikut.

Terdahulu, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Adam Arsel Dimar.

Pasangan itu mengejutkan ramai apabila mengumumkan sedang hamil ketika anak sulung mereka baru berusia 7 bulan.

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *