DSV terjah bilik Kacak, tak harapkan ‘maid’ kemas dipuji netizen

Artis

Selain Cik B, Kacak anak lelaki usahawan popular iaitu Datuk Seri Vida atau turut dikenali dengan panggilan DSV sering mendapat perhatian.

Datuk Seri Vida bagaimanapun suka memuat naik telatah anak-anaknya itu diruangan Instagram peribadinya dengan berkongsikan rutin dan sikap manja anak-anaknya itu yang dilihat matang berbanding usia mereka.

Terbaharu pula, Datuk Seri Vida ada memuat naik rakaman video bagaimana dia menerjah bilik anak lelakinya yang popular dengan panggilan Kacak dimana DSV turut terkejut melihatnya.

Bagi sesetengah anak bujang bilik mereka perlu dikemaskan namun tidak bagi anak lelaki usahawan kosmetik popular ini dimana Datuk Seri Vida juga berkata tidak melihat habuk dan ruangan bilik Kacak juga tidak bersepah.

Meskipun mempunyai pembantu rumah, ujar Datuk Seri Vida bahawa Kacak melakukan hal itu sendiri kerana sikapnya juga yang suka berdikari.

Ruangan komen di posting, Kacak sekali lagi menerima pujian dengan sikapnya yang matang berbanding usianya itu disamping seronok melihat kehidupan usahawan popular itu bersama anaknya.

“Kalau la ada adik beradik lelaki macam Kacak ni, alangkah bertuahnya badan. Reti berkemas, bilik tak bersepah”

Dsv & kacakIMG_20210531_075648

“Amboi, kemas. Pandai jaga bilik anak teruna”

IMG_20210531_075707Dsv & kacak

“Anak orang kaya pun tahu bersihkan bilik sendiri walaupun ada maid…”

IMG_20210531_075738

Sumber: HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *