Melu4t Tengok! Penonton Mahu Pij4k P3rut Iman Suhana, Sag4t Muka Dekat Jalan!

Artis

Selepas kejayaan drama Takdir Yang Tertulis (TYT), karier lakonan Iman Suhana terus berkembang apabila watak antag0nis yang dibawa olehnya dalam drama Sabarlah Duhai Hati pula menerima sambutan hebat penonton.

Iman atau nama sebenar Norsuhana Mohamad Wahid, 31, berkata watak Nadia yang dilakonkan dalam drama terbaharu itu meninggalkan kesan cukup mendalam hinggakan ada penonton menghantar mesej ugvtan di laman sosial.

Foto: IG

“Alhamdulillah selepas TYT, kali ini Sabarlah Duhai Hati pula jadi sebutan penonton… memang ramai yang ger4m dengan watak Nadia. Saya terima macam-macam mesej ugvtan di laman sosial daripada penonton yang tak puas hati.

“Ada yang ugvt nak p1jak p3rut saya, nak l4nggar dengan l0ri, sag4t muka dekat jalan dan macam-macam lagi mesej menakvtkan yang saya terima… mungkin mereka terbawa-bawa dengan em0si itu.

“Yang positif pun ramai, mereka faham itu hanya lakonan dan puji watak yang saya lakonkan itu. Alhamdulillah, kiranya watak Nadia berjaya sampai kepada penonton. Itu sudah cukup membuatkan saya seronok,” katanya kepada mStar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Iman Suhana (@imansuhana)


Dalam drama tersebut, Iman membawakan watak Nadia iaitu seorang wanita yang berusaha untuk menghancvrkan kebahagiaan sepupunya sendiri.

Sabarlah Duhai Hati arahan Mohd Fazli Yahya turut dibintangi oleh Amyra Rosli, Saharul Ridzwan, Izzue Islam dan Puteri Sarah Liyana.

Drama ini bersiaran di slot Akasia TV3 setiap hari Isnin hingga Ahad pukul 7 malam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Iman Suhana (@imansuhana)


Bercerita mengenai impak populariti drama tersebut, Iman berkata peminatnya semakin bertambah di laman sosial sehinggakan ada pengikut baharu yang terkejut dan tidak menyangka dia merupakan ibu kepada seorang cahaya mata.

“Sebenarnya sejak drama Monalisa pada tahun 2018 lagi ramai tahu saya dah kahwin… mereka yang menyangka saya masih bujang ini mungkin dalam kalangan pengikut baharu. Ada yang terkejut apabila mengetahui saya ada seorang anak!

“Sebelum ini pun saya tak pernah berahsia tentang keluarga, saya selalu tunjuk foto dan video bersama anak di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Iman Suhana (@imansuhana)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Iman Suhana (@imansuhana)


“Yang lucu apabila ada orang ingat saya muda lagi, mungkin sebab wajah macam budak-budak… padahal umur saya dah masuk 30 tahun. Alhamdulillah rezeki awet muda. Saya senyum sahaja baca komen-komen mereka,” ujarnya.

Pelakon kelahiran Taiping, Perak ini sudah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Muhammad Shazwan Ibrahim, 32, pada tahun 2018.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Iman Suhana (@imansuhana)


Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Maya Inara yang kini berusia dua tahun.

Sumber: mStar Online via -CARI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *