KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun ‘total lockdown’ Fasa Pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 hingga 14 Jun 2021.
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan pada malam Jumaat, berkata sepanjang tempoh ini semua sektor tidak dibenarkan untuk beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu (essential economic and service sector) yang akan disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira situasi terkini penularan C0VID-19 di Malaysia dengan jumlah kes harian telah melebihi 8,000 ke$ dan ke$ aktif melebihi 70,000 ke$.
Sumber : Astro Awani via https://sinetronmalaya.com/