‘Kalau Tak Puas Hati, Datang Jumpa Depan-Depan’ – Rita Rudaini Berang Dig3lar Antivk4sin

Artis

Di Instagram, pelakon, Rita Rudaini meluahkan rasa ‘beng4ng’ apabila ada seorang wanita mendakwa dirinya ‘antiv4ksin’. Menurut Rita, individu tersebut boleh berdepan dengannya sekiranya ada perasaan tidak puas hati.

Selalu sebar dakyah rebus bunga cengkih

Di Twitter, seorang wanita telah memuat naik satu ciapan berhubung dua orang jirannya yang dipercayai antiv4ksin. Menurut wanita tersebut, kedua-dua pelakon tersebut ialah RR dan LL. Tambah wanita tersebut, kedua-dua pelakon berkenaan selalu menyebarkan dakyah mengenai rebus bunga cengkih bagi mengelakkan terkena jangk1tan Cov1d-19.

Datang jumpa depan-depan

Berikutan daripada itu, Rita Rudaini telah tampil dan memuat naik sebuah posting berhubung dakwaan yang dikeluarkan oleh wanita tersebut.

Beginikah sikap seorang muslimah. Orang muslim. Datang la jumpa depan-depan. Bukan tak pernah sembang pun kan. Sistur lagi lama duduk kawasan ni berjiran dengan Schawal dan Lutfya. Tak pernah pula jumpa jiran macam ni. Elok je kita orang. Kalau tak puas hati mai la sembang. Kita orang Islam kan berjiran. Apa masalah hang ni. Sistur nak rebus rumput ka, rebus ta*k ka suka hati sis la. Tak pernah kacau orang pun. Nampak sangat tak bijak, pasal vaks1n saja pun nak pandang serong dekat orang.

Jelas Rita, dia tidak pernah menulis dan mengakui bahawa dia seorang yang antivaks1n. Ujarnya lagi, wanita tersebut tidak boleh dibuat sebagai jiran. Ini kerana, wanita berkenaan sejenis yang suka cakap belakang. Rita turut mempersoalkan kenapa wanita tersebut tidak menulis namanya di media sosial demi publisiti.

Sumber: Rita Rudaini via OHBULAN!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *