10 Masjid Paling Cantik di Dunia

Agama

#1 Masjidil Haram, Mekah, Arab Saudi

masjidil haram mekah

Dah tentulah semua orang cakap ini masjid paling cantik dalam dunia kerana semua umat Islam pun teringin nak pergi sini. Masjidil Haram merupakan masjid terbesar di dunia yang boleh memuatkan 4 juta jemaah pada satu-satu masa. Di sini jugalah terletaknya Kaabah dan merupakan tempat paling suci bagi seluruh umat Islam.

#2 Masjid Sheikh Lotfollah, Iran

masjid sheikh lotfollah esfahan

Masjid ini terletak di Isfahan ini telah dibina seawal kurun ke-17 semasa pemerintahan Shah Abbas I. Rekaan berunsurkan seni bina Safavid Iran ini tidak mempunyai laman atau menara tinggi seperti kebanyakan masjid lain.

#3 Masjid Nabawi, Madinah, Arab Saudi

masjid nabawi madinah

Selepas penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah, baginda telah membina Masjid Nabawi dan di sini jugalah tempat bersemadinya Rasulullah iaitu di bawah kubah berwarna hijau. Selain itu, masjid ini juga menempatkan makam bagi sahabat-sahabat Nabi iaitu Saidina Abu Bakar as-Siddiq dan Umar al-Khattab. Masjid Nabawi merupakan masjid kedua terbesar di dunia yang boleh menampung lebih daripada setengah juta jemaah.

#4 Masjid Zahir, Kedah, Malaysia

masjid zahir kedah

Masjid ini merupakan salah satu masjid tertua di Malaysia. Ia telah dibina pada 1912 dan terletak di tengah-tengah bandar Alor Setar, Kedah. Tapak masjid ini pada asalnya merupakan pus4ra bagi pahlawan yang telah gvgur mempertahankan Kedah dari ser4ngan Siam pada tahun 1821. Ia juga merupakan masjid Diraja dan terletak di perkarangan Istana Pelamin.

#5 Masjid Sultan Omar Alli Saifudin, Brunei

masjid sultan omar ali saifudin brunei

Masjid yang dibangunkan pada tahun 1958 ini merupakan sebuah masjid terhebat dengan lapisan emas murni di setiap kubahnya. Masjid yang terletak di Kampung Ayer ini sentiasa menjadi lokasi tarikan pelancong tidak kira masyarakat tempatan atau warga asing yang berkunjung ke Brunei.

#6 Masjid Faisal, Pakistan

masjid faisal pakistan

Unik kan rekaan masjid ini? Struktur bumbungnya mempunyai lapan segi, lain daripada masjid yang biasa kita lihat. Masjid yang direka oleh arkitek dari Turki ini diinspirasikan daripada bentuk khemah Badwi dan Kaabah.

#7 Masjid Sheykh Zayed, Abu Dhabi

masjid sheikh zayed abu dhabi

Masjid yang kelihatan serba putih ini mengambil masa lebih 10 tahun serta mengupah ribuan orang pekerja untuk disiapkan hingga menjadi masjid terbesar di Emiriah Arab Bersatu. Kawasan masjid ini adalah seluas 12 hektar dan terdapat sebuah perpustakaan di dalam masjid yang menempatkan buku-buku lama sejarawan Islam merangkumi pelbagai topik. Masjid ini juga mempunyai lampu chandelier seberat 12 tan.

#8 Masjid Lala Mustafa Pacha, Cyprus

masjid lala mustafa pasha

Masjid ini pada asalnya merupakan sebuah ger3ja yang diberi nama St. Nicholas’ Cathedral yang telah dibina sekitar tahun 1298 – 1400. Setelah jaj4han ini ditaklvk oleh empayar Uthmaniyyah pada tahun 1571, ger3ja ini ditukar menjadi sebuah masjid. Selepas fungsi ger3ja ditukarkan menjadi sebuah masjid, semua simbol dan lukisan binat4ng atau manusia telah dibuang atau digantikan dengan hasil seni yang lain.

#9 Masjid Wazir Khan, Pakistan

masjid wazir khan pakistan

Pada tahun 1993, UNESCO telah menamakan masjid yang terletak di Lahore ini sebagai salah satu tapak bersejarah dunia. Seni bina ala fresco dengan jubin pelbagai warna membuatkan masjid ini cantik dan tersergam indah.

#10 Masjid Qolşärif, Kazan, Russia

masjid kul sharif russia

Tapak dan binaan asal masjid telah dib4kar semasa zaman rej1m kek4jaman Ivan the Terrible pada 1552. Imam Seid Kul Sharif dan anak-anak muridnya telah cuba mempertahankan masjid itu daripada kemvsnahan namun gagal. Pada tahun 1996, pembinaan semula masjid dimulakan dan memakan masa hampir 10 tahun untuk disiapkan. Pada tahun 2005, masjid ini dilancarkan dan diberi nama Kul Sharif sempena memperingati perjuangan Imam Kul Sharif suatu ketika dahulu.

Terimakasih sudah membaca artikel ini.

Sumber: https://iluminasi.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *