“Congratulations! Hope Esok Dapat 7K Hihi.”-Iman Troye Dih3ntam Netizen Gara-Gara Muat Naik Status Macam Ni

Artis

PETALING JAYA – Penyanyi Iman Troye sekali lagi menerima kec4man hebat netizen gara-gara satu ciapan yang dimuat naik hingga mencetuskan pelbagai reaksi.

Menerusi ciapan dalam Twitter miliknya, Iman atau nama sebenar Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin, 19, seakan-akan meraikan jumlah peningkatan k3s Cov1d-19 yang merekodkan angka 6,976 semalam.

“Happy 6.9K everyone. Congratulations. (Selamat 6.9 ribu semua. Tahniah.) Harap esok dapat 7,000,” ciapnya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan pelantun lagu Teman itu sebagai mengenetepikan sensitiviti umum memandangkan ramai dalam kalangan pes4kit positif v1rus berkenaan telah men1nggal dunia.

Pada masa sama, Iman yang turut menyertakan tanda pagar (hashtag) #kerajaangagal dalam ciapannya itu turut dikr1tik kerana dia juga pernah melanggar prosedur operasi standard (SOP) sebelum ini.

“SOP pun tak ikut ada hati nak guna hashtag kerajaan. Susahlah jadi artis syok sendiri dan tak sensitif ni,” komen netizen.

Memanaskan suasana, netizen turut menasihati Iman agar bersikap lebih cakna dan peka dengan pend3ritaan golongan yang kehilangan orang tersayang ak1bat Cov1d-19.

Tidak tahan terus menerus dikr1tik dan dih3ntam netizen, Iman bertindak memadam ciapan berkenaan beberapa jam selepas dimuat naik.


Sumber; K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *