Saya Menangis Kalau Ingat Peristiwa 24 Tahun Dulu

Artis

Namanya mungkin kurang dikenali golongan baru hari ini, namun figura cantik ini pernah mendominasi dunia hiburan tanah air satu ketika dahulu. Kelibatnya sering menjadi perhatian apatah lagi sekitar era 90-an.

Menyingkap kehidupan peribadi, insan bernama Nor Albaniah Raffie ini, pernah mendirikan rumah tangga bersama pelumba kereta terkenal, Allahy4rham Sudarman Daud pada 1994. Namun, jodohnya tidak panjang apabila suaminya men1nggal dunia…

Perkongsian satu foto dari pelakon, Nor Albaniah di Instagram mencuri perhatian peminat.

Mengenakan baju kemeja hitam bercorak dengan sebahagian rambutnya bercukur licin, foto tersebut rupanya menyimpan memori lama yang berlaku kira-kira 24 tahun dulu.

“Muka sama dah…#balingbalik 1996, baru belajar nak angkat tangan…berjaya tu….baru sebelah.

“Sebelah lagi belum tau lagi…practise hari2 untuk terus keyakinan untuk hidup normal…abaikan kepala botak tu..nak buat mcm mana..dah doktor bedah kepala.

“Agaknya masa tu itu yg terbaik…Alhamdulillah…tq Allah,” tulis pemilik nama lengkap Nor Albaniah Raffie ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NORALBANIAH (@noralbaniah)


Sambil disusuli dengan dedikasi serta ucapan positif peminat, bintang drama Syurga Untukmu ini turut berkongsi cerita apabila ditanya mengenai tragedi yang turut meragut nyawa suaminya, Allahyarham Sudarman Daud.

Dalam pada itu, pelakon berusia 50 tahun ini juga reda dengan ujian yang berlaku.

Terdahulu, Nor Albaniah dan arw4h suami yang juga pelumba kereta mendirikan rumah tangga pada 1993 dan dikurniakan seorang anak perempuan.

 

Foto: Instagram Nor Albaniah via https://www.utusan.com.my/ via MH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *