Kempen Donate 4 Pal3stine disertai Neelofa dan PU Riz berjaya kutip RM2 juta

Artis

PERGOLAKAN yang berlaku di Semenanjung Gaza mendapat perhatian masyarakat seluruh dunia termasuk juga di Malaysia.

Bers1mpati dengan nasib yang menimpa rakyat Pal3stin, pelbagai inisiatif bantuan yang ditubuhkan oleh penduduk tempatan.

Ini termasuk kempen Donate 4 Palestine yang dijalankan oleh pihak Jomdonate dengan kerjasama beberapa pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) seperti Muslim Care, Pertubuhan Kasih Neelofa serta beberapa selebriti dan influencer terkenal.

Sehingga kini, kempen yang dimulakan sejak 9 Mei lalu itu sudah mencecah angka kutipan keseluruhan sebanyak RM2 juta yang mana ia akan disalurkan terus kepada rakyat Pal3stin untuk kos pervbatan, kemanvsiaan serta kec3masan lain.

Antara selebriti yang turut sama membantu kempen Donate 4 Pal3stine.

Antara selebriti yang terlibat dalam kempen tersebut adalah seperti Neelofa, PU Riz, Wany Hasrita, Amira Othman dan PU Amin.

“Setiap wang ringgit yang disumbangkan ini mungkin kecil pada kita tapi ia amat besar pada mereka yang memerlukan. Mungkin juga ia boleh menjadi asbab untuk kita mudah masuk ke syurga, insyaAllah.

“Doa juga adalah senjata bagi umat Islam, maka kita jangan berhenti berdoa untuk saudara kita di sana agar mereka terus kuat dan sentiasa dilindungi Allah,” kata PU Riz.

Konvoi yang membawa bantuan kemanusiaan seperti makanan, bahan 4pi dan ub4t-ub4tan akan mula memasuki pintu masuk Kerem Shalom selepas ia dibuka semula oleh rej!m zion!s Isr4el.

 

Mungkin juga ia boleh menjadi asbab untuk kita mudah masuk ke syurga, insyaAllah.

PU RIZ

PENCERAMAH BEBAS

 

Sumbangan boleh dibuat menerusi pautan www.jomdonate.com/campaigns/190.

Serangan Zi0n!s selama 11 hari bermula 10 Mei lalu telah menyebabkan 248 penduduk Pal3stin terk0rban termasuk 66 kanak-kanak.

Genc4tan senj4ta yang diumumkan pada pagi Jumaat lalu telah diingkari oleh tent3ra Isr4el apabila mereka kembali mencer0boh Masjid Al-Aqsa dengan meny3rang orang awam yang berada di situ.

Sumber: Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *