Anak Norman Hakim Basuh Netizen Gara-Gara Hal Ini

Artis

BIARPUN negara tengah serabut dengan banyak isu panas melingkari media sosial kita saban hari, tapi ‘mood’ beraya masih tetap ada kan? Iyalah, di rumah Diva pun masih berbalang-balang lagi kuih raya belum habis dimakan tau.

Cakap pasal raya, ada cerita sikit nak kongsikan tapi bukannya soal langgar SOP atau hal panas lain. Diva ada perasan anak kepada pelakon Norman Hakim dan bekas isteri, Abby Abadi iaitu Maria Danisha Hakim berbunyi pasal mulut jah4t mak cik bawang.

Eh, dah kenapa pula tu? Danisha kongsi video pendek dalam TikTok dengan menulis kapsyen berbunyi: “Kepada semua mak cik bawang Facebook yang cakap mak saya (Abby Abadi) masih terg1la-g1la dekat ayah (Norman Hakim) sebab selalu datang rumah masing-masing.” Dalam video tersebut, jari Danisha menuding ke arah sebuah tong samp4h yang berada di dalam biliknya.

Wow, muda lagi tapi lantang juga Danisha ya. Mungkin dia sendiri pun sudah tidak tahan mendengar cerita bukan-bukan pasal kedua-dua orang tuanya. Sedangkan hubungan baik antara mereka sangatlah dipuji ramai kerana meskipun sudah berpisah, kebajikan anak-anak tetap menjadi keutamaan.

Tak faham juga Diva dengan mulut pu4ka mak cik bawang ni. Daripada nak puakakan orang yang tak kacau hidup korang, lebih baik hamburkan kepedasan kata-kata tu kepada rakyat Israel sana.

 

Sumber: https://www.kosmo.com.my/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *