[VIDEO] Ibu bapa positif Cov!d-19 terpaksa serah anak kepada jiran

Keluarga

PETALING JAYA – Satu klip video memaparkan pasangan suami isteri terpaksa meninggalkan tiga anak mereka di luar rumah untuk diambil jiran selepas disahkan positif Cov1d-19 mengundang s1mpati netizen.

Video yang berdurasi seminit yang dimuat naik semalam menerusi akaun TikTok milik Mohamad Ramzi Yusof itu menunjukkan dua daripada kanak-kanak tersebut men4ngis apabila mereka diletakkan di luar rumah.

“Kami dewasa seramai empat orang positif. Tiga anak negatif dan kami terpaksa tinggalkan mereka pada jiran sebelah.

“Dd, Unde, umi dan papa bukan mengh4lau tapi kami tidak mahu kamu dij4ngkiti. Kasihan si adik yang berusia 10 bulan kerana terpaksa diletak atas lantai,” katanya menerusi kapsyen video tersebut.

Seorang kanak-kanak yang lebih besar kelihatan memeluk dua biji bantal kecil dan adiknya kelihatan tidak berhenti men4ngis apabila ibu bapa mereka melambai dan mengucapkan selamat tinggal.

“Lepas tutup pintu hanya mampu tengok mereka dari dalam rumah kerana jiran sudah datang untuk mengambil mereka.

“Jiran kami sangat baik. Mereka cakap mereka tawakal untuk jaga anak-anak. Semoga Allah balas segala kebaikan mereka,” ujarnya.

Video itu mendapat tanda suka lebih 35,000 pengguna selain dibanjiri ribuan komen yang memberi kata-kata semangat dan mendoakan ibu bapa kanak-kanak tersebut cepat sembuh.

“Syukur ada jiran. Saya ahli keluarga sendiri pun tolak untuk jaga. Pat4h h4ti,” komen seorang pengguna TikTok.

“Alhamdulillah Allah hantar orang yang baik untuk awak. Baik betul hati jiran sanggup ambil ris1ko walaupun bukan darah daging,” ujar @Someone’s wife

“Menang1s saya dibuatnya. Semoga keluarga awak cepat sihat. Semoga anak-anak semua kekal negatif Cov1d-19 sampai bila-bila,” ucap pengguna bernama @kakmighaaa.

“Jangan risau semoga cepat sembuh kami kawan-kawan TikTok akan doakan untuk anak-anak jangan menang1s kakak,” tulis pemilik akaun bernama @Yaleswari. – K! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *