Selepas Teruk Dik3cam Kerana ‘backup’ Neelofa Akhirnya Mawar Rashid Tampil Beri Penjelasan

Artis

Nama pengacara dan usahawan terkenal iaitu Noor Neelofa semakin hangat diperkatakan berikutan dengan beberapa dakwaan mengenai dirinya yang dipercayai melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Bukan itu sahaja, setiap tanduk selebriti ini seolah-olah sentiasa diperhatikan oleh kebanyakan rakyat Malaysia terutamanya pengguna media sosial.

Respon Mawar Rashid

Seperti yang kita sedia maklum, Neelofa, suami dan ahli keluarganya telah terpalit dengan beberapa dakwaan melanggar SOP seperti berkumpul untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri, melanggar SOP ketika majlis perkahwinan serta merentas negeri ke Langkawi dan Negeri Sembilan.

Berikutan daripada isu tersebut, seorang individu dikatakan telah mewujudkan satu petisyen berjudul ‘Langgar SOP: PDRM, Penjarakan Neelofa Segera’ dengan tujuan menggesa pihak berkuasa mengenakan hukuman yang setimpal kepada Neelofa atas kesalahan yang dilakukannya.

Difahamkan, petisyen tersebut telah ditandatangani lebih daripada 45 ribu orang.

Tetapi berbeza pula dengan pendapat seorang pelakon tempatan iaitu Mawar Rashid yang tampil bersuara seakan tidak bersetuju dengan kandungan petisyen tersebut selain membela nasib usahawan terkenal itu.

Bukan itu sahaja, menerusi komen yang ditinggalkan Mawar di satu portal hiburan, dia berpendapat Neelofa merupakan seorang insan yang telah banyak memperjuangkan Islam dan dia tidak sepatutnya dipenjarakan.

Namun, komen tersebut telah dipadam selepas dipercayai mendapat kecaman daripada netizen.

Mawar Rashid Terpaksa Jelaskan Segalanya

Selepas teruk Mawar Rashid dikecam di media sosial kerana kenyataan dia menyokong Neelofa dan meminta supaya Neelofa tidak dipen jarakan dia terpaksa tampil jelaskan maksud sebenar.

“Bertenang semua.. ada salah faham ni. And Mawar pun salah tak tulis bebetul dan ayat pun tak penuh sampai buat you all semua marah and serang Mawar. Sorry semua 

Baca balik statement Mawar, “Harap dapat diselesaikan dengan cara yang baik”

Maksud Mawar kat sini, Kalau kena kompaun/denda lagi, memang patut kena bayar. Dan kalau mahkamah dah putuskan kena penjara, Mawar respect keputusan mahkamah.

Cuma bila bercakap pasal “penjara”, bunyi tu menakutkan. Mawar pun turut rasa takut lah. Sebab Mawar ni sejenis cepat kesian kat orang.

Dan Mawar pun kesian & simpati juga kepada Frontliner, rakyat dan semua yang terlibat dalam COVID-19 ni. Lagi2 hari ni dah almost 7K org positive dalam Malaysia. Mawar lagi la risau ttg covid ni 😭

Dan Mawar tak bermaksud pun cakap sebab dia berjuang pasal Palestin tu, dia boleh langgar SOP.. yang salah tetap salah. Dan Mawar respect apa saja keputusan mahkamah untuk yang bersalah.

Sorry k sebab statement tak clear. Mawar mintak maaf. You guys semua take care k. Stay Safe. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin”

 

 

Sumber : OH BULAN via AwatttSyeikhh Network

Olahan: AwatttSyeikhh Network

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *