SELEPAS Nora Danish dan Tiz Zaqyah memaklumkan sudah bebas daripada jangk1tan Cov1d-19, kini pelakon Puteri Sarah Liyana pula memberitahu dirinya dij4ngkiti v1rus itu pada Rabu.
Tidak berdepan sebarang s1mptom, Puteri Sarah, 35, berkata, dia disahkan positif Cov1d-19 selepas membuat ujian calit4n (sw4b t3st) ketiga.
“Assalammualaikum semua, sebaik-baik kita menjaga prosedur operasi standar (SOP) dan tak campur orang akhirnya kecvndang jua.
“Saya individu dalam kategori C sebelum ini, disebabkan shooting dan dua kali buat swab test (keputusan) Sarah negatif.
Minta maaf sesiapa yang kontak rapat dengan Sarah dari 10 Mei pergilah sw4b t3st!
PUTERI SARAH
PELAKON
“Menyed1hkan semalam buat lagi swab test sebab Sarah tak ada deria rasa bila makan dan tak ada d3ria b4u (baru berlaku semalam) pergi buat ujian dapati saya positif Cov1d-19.
“Sebelum ni kuar4ntin tiada s1mptom apa-apa pun, Sarah sihat tapi terkena juga, ” katanya.
Isteri kepada pelakon dan pengarah Syamsul Yusof ini berkongsi mengenai berita itu menerusi laman Instagram.
Perkongsian Puteri Sarah di Instagram.
Dalam pada itu, Puteri Sarah turut memohon maaf kepada keluarga dan kontak rapat yang pernah berhubung dengannya sebelum ini.
“Minta maaf sesiapa yang kont4k rapat dengan Sarah dari 10 Mei pergilah swab test.
“Minta maaf kepada family saya, suami dan anak-anak… doakan kami semua ya. Jangan keluar rumah kalau tak ada apa-apa nak buat, jaga diri semua, ” ujarnya.
Sumber: Mstar