Perbicaraan K3s Sam4n Fitn4h Abu Syafiq & Amin Idris Bermula Esok

Semasa

K3s sam4n fitn4h siber penceramah bebas, Ustaz Abu Syafiq akan bermula esok, 20 Mei di Mahk4mah S3syen Shah Alam terhadap pengacara Amin Idris berhubung dakw4an ‘postings’ dan kenyataan f1tnah yang diterbitkan di laman media sosial milik pengacara tersebut.

Perkara tersebut disahkan oleh peguam kepada Abu Syafiq iaitu Nurul Hafidzah Hassan dari firma guaman NHA Advocates and Solicitors.

“Mahk4mah menetapkan tarikh perbicaraan pada 20, 21, 27 dan 28 Mei bagi perbicaraan kes,” kata Nurul Hafidzah.

Pada bulan Mei tahun lepas, plaintif, Abu Syafiq memfailkan s4man fitn4h terhadap Amin Idris dan seorang lagi individu, mend4kwa ‘postings’, kenyataan palsu dan f1tnah yang diterbitkan oleh kedua-dua defendan telah menjatuhkan imej, reputasi dan jenama peribadi beliau.

Menurut laporan berita tahun lepas, kes saman tersebut dibawa ke mahkamah bagi membersihkan nama Abu Syafiq dan bagi membuktikan kebenaran yang beliau tidak bersalah. Plaintif mend4kwa tidak melakukan seperti apa yang did4kwa oleh kedua-dua defendan melalui ‘postings’ dan kenyataan yang telah diterbitkan oleh mereka.

Laporan itu juga memetik Abu Syafiq telah mengambil inisiatif dan berusaha untuk menyelesaikan perkara tersebut dengan baik namun gagal.

Abu Syafiq seterusnya mengambil keputusan meneruskan tindakan undang-undang kerana beliau tidak pernah membuat kenyataan-kenyataan seperti yang did4kwa.

Plaintif menuntut ganti rugi am, teruk, teladan, kos, faedah serta relif yang difikirkan sesuai oleh mahk4mah.

 

Sumber: https://murai.my/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *