Anak Tertidur Di Tikar Sejadah, Tanpa Suami Pun Rita Rudaini Teg4s Didik 2 Puteranya Solat Dan Mengaji

Artis

“Bagus Sis didik anak…kami yang ada laki ni pun belum tentu boleh jadi macam ni….salute you sistur”

Bergelar ibu-bapa ini bukanlah hanya sekadar gelaran semata-mata, ilmu dan agama tidak boleh diwarisi melainkan anak-anak diajar dan dididik dengan baik dan sempurna.

Tidak kira masyarakat, bangsa mahupun agama, semua ibu-bapa di dunia ini pasti mahu setiap anak yang dilahirkan, diasuh menjadi orang berguna serta berjaya dalam hidup.

Namun, tugas mengasuh dan mendidik ini tidak lah mudah, sebaliknya kian mencabar dari hari ke hari kerana jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.

Menyedari hal itu, umum mengetahui bahawa aktres jelita dan berbakat besar, Rita Rudaini merupakan seorang ibu tunggal.

Biarpun memegang amanah dan menggalas dua tugas sebagai ibu dan ayah lantaran dalam kesibukkan kerjaya seni dan perniagaan yang diusahakan olehnya, Rita tidak pernah mengabaikan dua orang permata hatinya iaitu hasil daripada perkahwinannya bersama dengan bek4s suami, Mohd Aidil Zafuan.

Terbaru, Rita ada berkongsikan gambar kedua-dua puteranya yang sedang tidur di atas tikar sejadah kerana dikatakan menjalani ibadah puasa dan seusai membaca Al-Quran di subuh hari.

Caption:

“Kul 5 depa sahur lps tu baca quran sblm subuh..lps subuh paksa depa suh tidoq sat nnti mommy kejut online class…tu pon jenuh paksa..last2 terlelap jugak depa…mommy ja yg xle lena dr mlm td sbb stress dok tgk video palestine ”

Hantaran yang dimuat naik itu telah meraih perhatian warganet yang begitu kagum akan cara didikan ibu tunggal ini dan memuji sifat tegasnya meskipun ketiadaan suami mahupun ayah yang sering dikatakan berwatakan lebih ‘garang’ dan ditakuti oleh anak-anak.

Mengetahui bahawa bukan senang untuk mendidik anak, Rita telah lama menerapkan didikan agama dari kecil agar menjadi kebiasaan dan membawa keberkatan kepada diri, keluarga dan masyarakat.

Biarpun membesarkan dua orang anak lelaki tanpa seorang bapa bergelar suami di sisi, namun Rita berjaya membesarkan putera kesayangannya dengan penuh kasih sayang dan perhatian yang mencukupi.

Seperti kebiasaan ibu yang lain, dia seringkali berkongsi tentang aktiviti seharian atau perkembangan anak-anaknya di media sosial.

Bukan sekadar didikan agama, malah Rita juga sering bertukang, mengecat rumah, memasak bahkan mengubah-suai dalam pelbagai bentuk dekorasi (DIY) yang dilakukan bersama anak-anaknya sebagai aktiviti mengisi masa lapang.

“Bagusnyaa lahaiii..didikan tu serupa mcm ada 10 bapak dan 10 mak yg didik tp sbenarnya hny sorg mak ja yg didik depa…salah sorg single mum yg i bangga slute sgt..moga sis sentiasa sihat dimurahkan rezeki dpjgkan umur utk lihat dpa membesar”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut Rita sememangnya menjadikan pelakon ini sebagai contoh ibu tunggal yang perlu diteladani meskipun bergelar janda selama 7 tahun, namun sifat cekal dan tabah dalam menjalani kehidupan menjadikan dirinya lebih ceria tanpa keberadaan suami disisi.

Hebat betul hot mommy ni! Semua benda boleh buat, apa yang penting diharapkan Rita dan anak-anak diberi kebahagiaan yang berpanjangan disamping menjadi keluarga yang diberkati meskipun tanpa keberadaan seorang suami disisi.

 

Sumber: Instagram Rita Rudaini via Hot FM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *