“Apa Yang D3ngki Sangat Tu?” Seluruh Ahli Keluarga Norman Hakim Dipanggil Polis

Artis

Tahun 2021 merupakan tahun kedua Malaysia menyambut Hari Raya Aidilfitri dibawah perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ia bukanlah situasi yang mudah buat rakyat Malaysia memandangkan hari raya adalah masa untuk rakyat Malaysia saling ziara-menziarahi antara keluarga dan kawan-kawan. Oleh itu, disebabkan peningkatan k3s COv!d-19 dilihat membimbangkan, kerajaan telah melarang aktiviti ziarah dilakukan pada hari raya dan pemantauan ketat akan dilakukan oleh pihak polis sepanjang hari raya lalu.

Bagaimanapun, terdapat juga individu yang tidak bertanggungjawab masih lakukan aktiviti ziarah padah hari hari termasuk salah seorang selebriti Norman Hakim dan keluargnya. Timbul dakw4an Norman dan keluarganya telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 apabila beberapa keping gambar mereka dimuat naik sendiri oleh Abby Abadi dan ia mula tular apabila wargamaya pertikaikan tindakan mereka.

Norman ddan semua ahli keluarga  kemudiannya dilaporkan akan dipanggil oleh pihak polis untuk memberi keterangan berhubung isu tersebut. Menurut laporan, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata, pihaknya menerima satu laporan polis berkaitan pelanggaran SOP tersebut. Difahamkan, gambar keluarga selebriti berkenaan sebelum ini tular di media sosial dan dipercayai tidak mematuhi SOP yang telah ditetapkan iaitu larangan kunjung-mengunjung atau ziarah Aidilfitri.

Gambar yang menunjukkan Norman sekeluarga dan Abby sekeluarga menyambut hari raya bersama yang disyaki tidak tinggal sebumbung di kediaman selebriti terbabit yang terletak di Hulu Klang, Ampang, Selangor. Tambah laporan, terdapat lebih kurang 13 individu disyaki satu keluarga yang dipaparkan dalam gambar berkenaan.

Takkan raya takleh jumpa? Apa yang d3ngki sangat tu?

Kenyataan yang dikongsikan oleh Abby di InstaStory di Instagram miliknya telah membuatkan orang ramai mula persoalkan niatnya yang berkongsi gambar yang melanggar SOP secara terang-terangan. K3s pelanggaran SOP Norman sekeluarga kemudiannya akan disiasat di bawah Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Penc3gahan dan Pengawalan Peny4kit Berj4ngkit 2021.

 

Sumber: Harian Metro via Hot FM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *