[VIDEO] Seorang Ulama Bermimpi Bertemu Rasulullah S.A.W, Berkait Dengan Keadaan Palestin Sekarang Ini

Uncategorized

Baru-baru ini tulɑr satu video di media sosial yang mengatakan seorang ulama dari bumi Palestin telah bermimpi bertemu rasulullah.

Dalam mimpi tersebut, Rasulullah meminta air dari ulama tersebut dan ulama tersebut bawakan air dan memberikannya kepada baginda Rasulullah.

Setelah itu, Rasulullah melihat terdapat ramai orang sedang berkumpul di belakang ulama tersebut.

Lalu, Rasulullah bertanya:

“ Kenapa mereka mereka ini sedang berkumpul”

“ Mereka ini semua datang Rasulullah untuk bertemu dengan engkau, baginda Rasulullah” Jawab ulama tersebut.

Dan Rasulullah menjawab:

“ Apa keperluan kalian datang untuk berjumpa dengan aku?

“ Sedangkan aku sendiri sedang bersiap siaga untuk menuju ke masjid al-Aqsa”

Mengikut pemahaman pembicara dalam audio tersebut,

“ Ia bermaksud, Rasulullah mengatakan tak perlu datang untuk bertemu baginda tetapi tujulah ke masjid al-Aqsa dan bantulah perju4ngan di masjidil Aqsa dan Palestin. ”

Atau, anda boleh tonton video penuhnya seperti di bawah:

Persoalannya, bagaimana kita hendak tahu bahawa, mimpi tersebut adalah benar-benar Rasulullah dan apakah ciri-ciri mimpi tersebut yang menyakinkan kita bahawa yang dimimpikan adalah Rasulullah SAW.

Dalam hal ini, penting untuk kita mengetahui beberapa perkara, seperti dibawah:

1. Berdasarkan hadis riwayat al- Bukhari dan Muslim:

 

عن أَبَا هُرَيْرَةَ قَالَ سَمِعْتُ النَّبِىَّ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ مَنْ رَآنِي فِي الْمَنَامِ فَسَيَرَانِى فِى الْيَقَظَةِ ، وَلاَ يَتَمَثَّلُ الشَّيْطَانُ بِي.

Rasulullah SAW bersabda,

“ Sesiapa yang bermimpi melihat aku sesungguhnya ia akan melihat aku di waktu jaga atau seolah-olah ia melihat aku semasa jaga, kerana syɑitɑn tidak akan dapat menyerupai. ”

Atau maksudnya, syaitan memang tidak mampu menyerupai wajah nabi yang sebenarnya namun syɑitan boleh mengubah rupa kepada lelaki lain dan mengaku sebagai Nabi SAW.

2. Kedua, apabila ada yang mengatakan bahawa bertemu dengan nabi SAW, apa yang dilihat dalam mimpi tersebut perlu disepadankan dengan ciri-ciri fizikal baginda. Jadi, bagaimana untuk mengetahui dan mengenali Nabi Muhammad SAW? Rujuklah kitab atau penerangan tentang ciri-ciri dan peribadi nabi.

Sekadar perkongsian. Terima kasih.

Sumber:

[1] Gambar utama (gambar hiasan), Apa Khabar dan Middle East Monitor

[2] Rujukan hadis, uninus.ac.id

[3] Kredit video, nraimxnfrhn (Tiktok)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *