Ramai Percaya Hidu Wap Dari Rebusan Cengkih Boleh Pulih Cov1d Sekali Doctor Ini Keluar Kenyataan

Semasa

Sejak negara kita dil4nda wab4k COV1D-19, terdapat sesetengah individu yang tidak bertanggungjawab mengatakan bahawa terdapat kaedah tradisional yang dikatakan boleh menyembuhkan peny4kit COV1D-19 dan lebih dahsyat lagi apabila ianya lebih mujarab daripada suntikan vaksin.

Hidu wap rebusan bunga cengkih mampu sembvh COV1D-19

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai video yang dikatakan boleh merawat peny4kit COV1D-19 dengan menghidu air rebusan bunga cengkih.

Dalam video yang berdurasi dua minit lebih berkenaan, kelihatan seorang lelaki yang mendakwa ahli keluarganya dij4ngkiti COV1D-19 dan telah sembuh apabila mengamalkan tips menghidu wap air rebusan bungka cengkih berkenaan.

Selain itu, lelaki berkenaan menunjukkan bagaimana cara menyediakan bahan serta untuk menghidu wap rebusan tersebut dan dia turut menyeru orang ramai agar berkongsi tips yang dikongsi olehnya itu.

Ayah pun terikut sekali

Akib4t daripada penyebaran video berkenaan, ramai yang terpedaya dengan tips berkenaan khususnya golongan warga tua.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Haikal di akaun TikToknya, pemuda berkenaan seperti kec3wa dengan ayahnya yang kant0i merebus bahan berkenaan dengan menggunakan water heater selepas ternampak tips berkenaan di Whatsapp Group.

‘Tak perlulah kita belanja jutaan ringgit beli vaksin’

Ekoran daripada video yang tular itu, Dr Mahyuddin telah tampil untuk memberikan penjelasan mengenai tips berkenaan. Dia telah menegaskan bahawa setiap individu yang mengalami sels3ma, s4kit tek4k, batvk mahupun kesukaran untuk bernafas perlu pergi ke h0spital segera bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Menurutnya lagi, jika ingin membantu frontliner, perlu segara ke h0spital dan tidak perlu percaya tips seperti demikian dan bimbang kaedah berkenaan boleh menyebabkan ker0sakan pada saluran penafasan.

Dr Mahyuddin turut mengatakan bahawa jika wap air rebusan bunga cengkih boleh merawat COV1D-19 maka tidak perlu membazir jutaan ringgit untuk membeli vaksin.

Kalau boleh guna wap cengkih untuk rawat COV1D-19, tak perlulah kita belanja jutaan ringgit beli vaksin, buat pusat pemberian vaksin, pusat kuarantin pes4kit dan sediakan wad ICU. Baik kita belanja duit beli bunga cengkih je.

 

Sumber : Mahyuddin Mohamed, Haikal_gorgeous via Oh Bulan via http://www.awatttsyeikhh.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *