Pembaca-Pembaca Berita Dan Rakan Media Ini Beritahu Sebab Apa Mereka Balut Mata Kiri Mereka Ketika Sedang Live

Semasa

Semalam pembaca berita, Adi Akmal Sehrom membaca segmen akhir berita jam 8 malam TV AlHijrahh dengan balutan pada mata kirinya sebagai simbolik solidariti kepada jurugambar Pal3stin yang buta mata kirinya akibat dit3mbak tentera r3jim ketika bertugas Jumaat lalu.

Solidariti sama yang diinspirasikan dari tindakan rakan-rakan media dari Pal3stin turut dilakukan pengacara program Analisis, Finaz Yunus dan dua pengacara program Assalamualaikum yang disiarkan secara langsung pagi tadi.

Ia bukan hanya sekadar gimik balutan mata kiri atau tindakan solidariti tanpa pemahaman. Tindakan ini dilakukan kerana petugas di AlHijr4h Media Corporation, khususnya wartawan dan kru bilik berita TV AlHijrah memahami tindakan rejim zalim menembak petugas media (baca wartawan) berusia 35 tahun itu adalah bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.

Ini kerana mengikut Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa (IHL) petugas media diklasifikasikan sebagai non-combatant yang dikelompokkan sebagai orang awam dan tidak boleh dijadikan sasaran.

Mengikut pemahaman penulis, dalam mana-mana situasi, wartawan tidak seharusnya menjadi sasaran selagi beliau tidak terlibat secara langsung sebagai “combatant” dalam sesebuah konflik.

Lebih-lebih lagi apabila Muath secara bertanggungjawabnya memakai jaket tertera perkataan “PRESS” dengan helmet bagi menonjolkan dirinya sebagai wartawan kepada pihak tentera r3jim zalim.

Pemakaian jaket tertera perkataan “PRESS” itu jelas membuktikan bahawa jurugambar Pal3stin itu, memenuhi prinsip “distinction” bagi membolehkan pihak tentera r3jim zalim membezakan beliau dengan penunjuk perasaan.

‘Dalam konflik, seseorang individu hanya boleh dijadikan sasaran jika ia tergolong dalam tiga kel0mpok iaitu combatant, levee en masse dan orang awam yang terbabit secara langsung dengan keg4nasan,” kata pakar keselamatan strategik Kolonel Azlan Iskandar Abdul Ghani dalam Kursus Media dan Undang-Undang anjuran Institut Akhbar Malaysia (MPI) di Cyberjaya semalam.

Levee en masse itu merujuk kepada tind4kan orang awam yang mengangkat senjata dan terbabit secara langsung dalam konflik. Maka dalam situasi itu, mereka boleh dijadikan sasaran sah dalam sesebuah konflik bersenjata.

Pun begitu di bawah IHL, combatant yang tercedera atau menyerah diri menjadi tawanan perang (POW) dalam sesebuah konflik atau peperangan mempunyai hak untuk dilayan dengan sewajarnya.

Undang-undang sama juga menetapkan adalah menjadi hak bagi Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) untuk melawat mangsa-mangsa perang yang cedera atau menyerah diri untuk diberikan bantuan sewajarnya.

Berbalik kepada situasi Muath, pihak tentera Isra3ll dilaporkan berkata bahawa Muath berada berdekatan dengan kawasan penunjuk perasaan di Kampung Surif di selatan Tebing Barat pada insiden Jumaat lalu yang menyebabkan beliau terkena temb4kan.

Kita amat memahami bahawa alasan ini dikemukakan untuk menunjukkan kepada dunia bahawa Muath berada dalam “line of fire” di mana kekec0han berlaku dengan andaian jurufoto terkena temb4kan dan bukannya dijadikan sasaran.

Itu belum lagi dihujah soal peluru hidup atau “butterfly bullet” digunakan tentera rejim ke atas warga Pal3stin sejak sekian lama ketika menyuraikan tunjuk perasaan di wilayah berg0lak itu.

Apa yang pasti, penulisan ini bukan untuk menghukum tetapi menyatakan kebenaran penindasan dan kekejaman dilakukan rejim z4lim ke atas warga Pal3stin di Tebing Barat dan Gaz4.

Laporan media menunjukkan bahawa Muath ketika ditemubual AFP berkata, beliau berdiri jauh dari kawasan tunjuk perasaan serta memakai jaket tertera perkataan “PRESS” dan helmet.

“Tiba-tiba saya rasa sesuatu mengenai mata saya. Saya ingat peluru getah atau batu. Saya memegang mata saya dan tidak merasai apa-apa. Saya tidak dapat melihat dan meraba mata saya yang sudan hilang,” katanya.

Insiden membabitkan jurufoto Pal3stin itu menarik perhatian komuniti dunia, termasuk rakan-rakan media di Pal3stin, yang menyatakan solidariti dengan beliau dengan membalut atau menutup mata kiri sebelum disambut “media fraternity” Malaysia melalui TV AlHijr4h semalam.

Tind4kan media Pal3stin itu mendapat perhatian Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris yang meminta Ketva Jabatan Berita dan Hal Ehwal Semasa NCA TV AlHijrah, Ardi Herman Mardzi untuk melakukan solidariti buat Muath.

“Bermula semalam, kami bersolidariti bersama Muath dan seluruh rakyat Pal3stin,” kata Ardi merujuk insiden di Tebing Barat itu.

Insiden sama turut dikecam Persekutuan Wartawan Antarabangsa (IFJ) yang mengesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadaptasi konvensyen memastikan perlindungan kepada semua wartawan.

Berdasarkan laporan media, sekurang-kurangnya 60 wartawan menjadi sasaran temb4kan tent3ra rejim pada 2019 dengan 43 darinya ced3ra akibat b0m bunyi. Seramai 18 wartawan pula ditahan dalam penj4ra rejim h4ram.

Ini menerangkan kenapa masyarakat dvnia, termasuk kel0mpok media dan kemanusiaan di Malaysia, menyatakan solidariti dengan Muath. Jurufoto Pal3stin itu bukan wartawan pertama yang menjadi m4ngsa kek3jaman rejim.

Sebelum ini, wartawan Hana Mahameed juga terkena letvpan gren4de di muka pada Oktober 2015 dan wanita berhati besi itu kembali bertugas dengan sebahagian mukanya berbalut di kaca TV.

Solidariti di TV AlHijrah bukan bertitik tolak dari sentimen tetapi kami tahu apa dilakukan ke atas rakan seperjuangan kami di Tebing Barat itu adalah salah dan bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.

Balutan atau menutup mata kiri kami ini, ada maknanya. Kebenaran adalah hak dan ia akan tertegak dengan sendiri. Segelap-gelap manapun suasana itu, suatu masa pasti ada cahaya. — AlHijrah Online/ Syed Azwan Syed Ali.

Artikel disiarkan di AlHijrah Online pada 21 November 2019 tetapi penulis uploadkan balik sebagai tanda solidariti buat warga Pal3stin di G4za dan Tebing Barat. 

 

SUMBER:alhijrahnews via http://www.awatttsyeikhh.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *