“Lawa lah…”- Foto OOTD raya Iman Troye dapat pujian Ramai

Artis

Penyanyi, Iman Troye mendapat pujian peminat dan pengikutnya diruangan Instagram kerana dia juga tidak terlepas untuk berkongsikan foto-foto OOTD dirinya sepanjang menyambut hari raya pada tahun ini.

Sebelum dikenali sebagai penyanyi, pasti buat yang mengenali dirinya sudah tahu bahawa dia sangat popular sebagai personaliti media sosial dimana apa-apa sahaja yang dikongsikan pasti menjadi perhatian peminatnya.

Jadi apabila dia melangkah lebih jauh dengan menceburi bidang nyanyian, Iman Troye semakin menjadi bualan hangat wargamaya dan antara penyanyi muda pilihan sekali gus kegemaran anak-anak muda zaman sekarang.

185845074_788869961763922_5524791639089829275_n

Biarpun begitu, peminat dan pengikut yang mengikutinya diruangan Instagram juga teruja melihat Iman Troye yang memuat naik foto-foto OOTD sepanjang hari raya dari hari pertama sehinggalah kita menyambut hari raya keempat kelmarin.


Ternyata dia yang bergelar model juga menunjukkan pelbagai gaya dalam berkongsikan foto-foto rayanya itu sehingga mendapat ribuan tanda suka yang mana dia bukan sahaja memakai baju kurung di hari raya pertama malah hari seterusnya juga dia mengekalkan penampilan tersebut.


Malah setiap pakaian yang dipakainya juga dipuji ramai sehingga ada yang ingin membeli sama persis seperti yang digayakannya itu.

“Cantik nyaa”

Iman

“Love sangat…”

IMG_20210517_113922

 

Sumber: HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *