“Lama Dah Tunggu Gambar Ni” – Peminat Doakan Terbaik Buat Rumah Tangga Syamsul Yusof & Puteri Sarah

Artis

Buka lembaran baru, mungkin itulah gambar terhadap situasi rumah tangga pengarah Syamsul Yusof dan isterinya Puteri Sarah Liyana.

Selepas lama tidak dilihat di media sosial, mereka akhirnya memuat naik gambar keluarga termasuk kedua-dua anaknya.

Namun, apa yang lebih membuatkan ramai terharu adalah gambar tersebut dimuat naik ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri, semalam.

“Selamat hari raya maaf zahir batin,” tulis Puteri Sarah ringkas di satu posting Instagramnya.

Menerusi ruang komen, peminat serta rakan artis dilihat meluahkan rasa gembira dengan dengan situasi berkenaan.

Ada yang mengatakan mereka telah lama menantikan gambar Puteri Sarah bersama keluarganya.

Tidak kurang juga yang mendoakan supaya keluarga ini dijauhi anas1r jah4t.

“Suka gambar ni, tak tahulah kenapa”

“Sehingga berbahagia ke syurga Allah”

“Finally, Alhamdulillah dah lama tunggu gambar ni. Semoga hubungan ini diberkati sebarang an4sir jah4t,” kata beberapa netizen.

Sekadar info, Puteri Sarah mendirikan rumah tangga dengan Syamsul pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam serta Summayah.

Rumah tangga pasangan ini kemudian did4kwa berant4kan selepas kedua-duanya dilihat muncul di pejabat agama sekitar penghujung tahun lalu.

Walaubagaimanapun, sekitar Januari lalu, kem3lut rumah tangga mereka sudah pun menemui jalan penyelesaian biarpun ada ‘pihak’ tertentu dikatakan kurang senang.

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *