“Jumpa Di Mall” Tak Boleh Ziarah Raya, Ramai Luah Perasaan Pada Posting Instagram Jinggo

Artis

Seperti kita sedia maklum, seluruh negara kini sekali lagi telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kita juga perlu mengikuti setiap Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Antara SOP Aidilfitri yang dikeluarkan ialah tiada aktiviti ziarah raya dibenarkan serta setiap kenderaan persendirian hanya dibenarkan dinaiki tiga orang sahaja.

Maka dengan itu, penerbit Jinggo telah memuat naik satu video ringkas dengan menulis beberapa SOP Aidilfitri yang telah ditetapkan.

Tanpa disangka, ruangan komen video tersebut telah dibanjiri dengan ‘luah4n perasaan’ daripada segelintir warganet.

Mereka tertanya-tanya mengapa hanya tiga orang sahaja dibenarkan dalam satu kenderaan.

Ada juga yang kec3wa serta menerima dengan hati yang terbuka segala SOP yang ditetapkan bagi mengekang penularan v1rus COV1D-19 ini.

Apa pun kalau taknak dikenakan sebarang tindakan undang-undang, ada baiknya jika kita ikut sahaja kata pihak berkuasa okay.

 

Sumber foto dan video: Instagram Jinggo via hot FM

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *