Tak cukup dgn guna dron, PDRM dedah kaedah terbaru pantau hantaran gambar raya di FB

Semasa

SEREMBAN: Pemeriksaan polis sempena perayaan Aidilfitri tidak hanya tertumpu kepada s.ekatan jalan raya (SJR) tetapi p.osting atau hantaran masyarakat dalam media sosial seperti Facebook juga dipantau bagi memastikan a.rahan ditetapkan kerajaan untuk mengekang penularan w.abak C0VID 19, dipatuhi.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Muhammad Mat Yusop berkata meskipun jalan raya beberapa hari ini lengang dan kenderaan masuk ke negeri itu juga kurang, pema.ntauan serta pemeriksaan menyeluruh tetap dilakukan lebih 160 anggota polis di sini.

“Selepas solat sunat Aidilfitri mungkin masyarakat akan kunjung-mengunjung, jadi hari ini pasukan pemantau ditambah untuk melakukan pemeriksaan di sekitar taman-taman perumahan dan sempadan daerah di negeri ini.

“Kalau pasukan menerima p.osting gambar-gambar tertentu yang menunjukkan tidak mengikut p.rosedur o.perasi standard (SOP) t.indakan akan diambil,” katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di SJR Tol Senawang hari ini.

Muhammad juga berkata hasil pemantauan di beberapa masjid utama di negeri ini, pihaknya mendapati pematuhan S0P dilaksanakan dengan baik.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai Supt Mohd Fazley Ab Rahman berkata pemeriksaan rumah ke rumah pada hari raya hari ini mendapati kawasan perumahan di Nilai Impian tiada sebarang aktiviti yang melang.gar SOP.

Aidilfitri: PDRM guna dron pantau pematuhan SOP kawasan perumahan

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggunakan dron bagi memantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di kawasan-kawasan perumahan sempena Hari Raya Aidilfitri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

SAC Gerakan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner M V Sri Kumar berkata, penggunaan dron terbabit bertujuan memastikan tiada sebarang pelanggaran SOP dikesan.

Polis turut menggunakan dron bagi memastikan tiada sebarang pelanggaran SOP di kawasan perumahan.

“Seperti diketahui rondaan polis akan dilakukan di setiap kawasan perumahan yang ada, jadi polis turut menggunakan pendekatan dikendalikan unit kawalan udara PDRM ini.

“Penggunaannya bagaimanapun adalah tertakluk kepada permintaan setiap ketua polis daerah di sesebuah negeri untuk mengaplikasikan penggunaan dron bagi membuat pemantauan di kawasan perumahan dikehendaki,” katanya kepada Bernama pada Selasa.

Beliau berkata, bagi kawasan perumahan seperti apartmen dan sebagainya, polis akan membuat semakan ke atas setiap buku pelawat di premis terbabit.

“PDRM bertindak demikian supaya tiada yang didapati melanggar SOP berkunjung ke sesebuah rumah seperti mana diarahkan kerajaan. Ia merupakan antara bukti yang boleh digunakan bagi menandakan sebarang bentuk kehadiran orang awam di sesebuah premis seperti itu.

“Bagi tujuan itu juga orang ramai dalam masa sama dinasihatkan melaporkan sebarang pelanggaran SOP semasa perayaan Aidilfitri dilakukan di kawasan kejiranan mereka kepada pihak polis,” katanya.

Ditanya mengenai kawalan sekatan jalan raya (SJR) di kawasan menghubungkan sempadan daerah dan negeri, Sri Kumar berkata, ia tidak terkecuali berikutan pemeriksaan akan turut diadakan terutama di laluan tikus.

“Jika di kawasan bandar, SJR dilaksanakan di pelbagai tempat namun ia tidak terkecuali di kawasan seperti luar bandar.

“Bermula di peringkat kontinjen sehinggalah pondok polis, setiap pegawai dan anggota dikerahkan bertugas dan memastikan setiap laluan tikus terbabit dibuat pemeriksaan ketat,” katanya.

Beliau berkata, tindakan mengarahkan orang awam supaya berpatah balik kerana tidak mempunyai sebarang dokumen lengkap untuk merentas daerah dan sebagainya akan dilakukan manakala sebarang pelanggaran SOP akan dikenakan kompaun.

Jelas beliau, tindakan dila kukan pihak polis itu bukanlah bertujuan menekan orang awam sebaliknya bertujuan untuk menguatkuasakan peraturan ditetapkan.

Kredit : Astro

 

Sumber: http://limauasamboi.pw/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *