Cik Man Jawab Persoalan, ‘Kenapa Allah Tak Menangkan Palestin?’

Semasa

Sekarang ini, bumi Palestin sedang diuji dengan ser4ngan-ser4ngan daripada pihak t3ntra zin1s Isr4el.

Kekej4man Isr4el bukan lagi sesuatu yang rahsia. Membvnuh demi mer4mpas tanah milik Palestin, Isr4el tidak diiktiraf sebagai sebuah negara kerana secara jelasnya mereka melanggar undang-undang antarabangsa sejak berpuluh tahun lalu.

Mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa, ‘Kenapa Allah tak menangkan Palestin?’

2
Kredit: Al Jazeera

Ini jawapan daripada Pencetus Ummah Azman atau lebih dikenali sebagai CIk Man dalam kalangan rakyat Malaysia.

Palestin sedang menang. Menang dengan semangat jih4d yang tumbuh dari iman.

قَدْ أَفْلَحَ ٱلْمُؤْمِنُونَ

“Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman”.

Kita lihat mereka berkejaran dalam gempita b0m dan pelvru. Tapi hakikatnya, mereka sedang kejar syahid, sebaik-baik kem4tian.

Kalau kita kesian dengan Palestin, kita patut lebih kesian pada diri kita kalau tak sudi berdoa untuk mereka.

Padahal benda itu sangat mudah untuk dilakukan. Kita tak galas tugas seberat Umar al Khattab yang membuka Baitul Maqdis dan tidak seperit Solahuddin al Ayubi yang membebaskan Baitul Maqdis dari cengkaman musvh Islam dan tak sehebat Mujahidin Palestin yang setia berjuang untuk pembebasan Palestin.

Lalu bila kita berdoa, kenapa Palestin masih tidak menang ?

Kerana rintihan kita menjadi pilihan Allah untuk DIA dengari. Boleh saja Allah lenyapkan perang ini 70 tahun yang lalu. Lalu apa yang tinggal untuk kita ? Terus santai di zon selesa ?

Usaha kita iaitu prihatin, risau, doa dan infaq bukan debu yang dipersiakan. Semua itu menempah ganjaran Allah sebagai umat yang mengambil berat hal saudaranya. Semua itu saham akhirat buat kita.

Kenapa rakyat Palestin mengukir senyum ketika ditangkap tentera Isr4el?

Kerana kepercayaan mereka yang padu pada ganjaran akh1rat. Mereka yakin janji Allah. Masa depan bukan di dunia persinggahan tapi di syurga abadi.

Jadi bila Yahvd1 dan Isr4el akan h4ncur ? Mereka sedang bahkan telah lama hancvr. Hancvr dengan tamak yang akhirnya memberi laluan mudah Mujahidin untuk menggalas syahid ke syurga. InsyaAllah.

Cuma persoalannya, kita di mana sekarang ini?

Allah uji

1

 

Sumber: odisi via siakapkeli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *