Sejak kebelakangan ini, bukan sahaja wargamaya sahaja berkongsikan suasana persiapan hari raya yang bakal menjelma beberapa hari lagi ini di media sosial malah selebriti juga turut memuat naik kegemaran masing-masing dalam mendapatkan ‘feel’ raya.
Meskipun raya pada tahun ini sekali lagi kita perlu beraya dalam keadaan yang cukup berbeza iaitu perlu mematuhi SOP ditambah pula tidak dapat beraya di kampung masing-masing namun suasana hari raya itu perlu dimeriahkan selepas sebulan berpuasa.
Selain baju raya, biskut raya atau masakan istimewa di hari raya, tentu sahaja keadaan rumah ingin kelihatan berbeza dan tampak lebih menarik. Jadi hamparan karpet juga antara yang diperlukan dan begitu jugalah yang dilakukan oleh Hanis Zalikha.
Nampaknya Hanis Zalikha menggunakan karpet yang sangat sesuai untuk diletakkan di bahagian sudut rumahnya ini. Pastinya juga anak-anak yang paling gembira apabila dapat melihat sesuatu yang baru.
Ternyata Alisa Aisyah dan Yusuf Iskandar turut merasakan hal itu apabila menerusi video jelas kelihatan gelagat kedua-dua si cilik ini begitu gembira kerana melihat ibunya itu meletakkan karpet baru.
View this post on Instagram
Meskipun begitu, nampaknya Hanis Zalikha juga tidak terlepas menerima seloroh wargamaya tentang isu karpet dibeli di Nilai. Biarpun begitu, kegembiraan dan kecomelan kedua- dua anaknya itu juga menarik perhatian peminat dengan ditinggalkan bermacam-macam respon diruangan komen.
“Dapat karpet baru…”
“Berseri-seri koridor…”
“Comelnya laaa”
Sumber: HCL