“Saya dicer4ikan melalui aplikasi WhatsApp…” – Fiza bercer4i lagi, perjelas hubvngan dengan Saiful Apek

Artis

“Kami berc3rai talak satu. Saya dic3raikan melalui aplikasi WhatsApp.

“Punca atau sebab kenapa kami berpisah, biarlah saya simpan dan tanggung sendiri. Saya tidak mahu membuka a1b sesiapa,” katanya kepada BH Online.

Fiza sedar hakikat dirinya sudah berc3rai tiga kali mengundang persepsi serong masyarakat.

“Pasti ada yang akan memandang serong. Namun, saya hanya manusia biasa yang tidak lepas diuji.

“Saya tak hidup dek puji, tak m4ti dek k3ji,” katanya.

Fiza atau nama sebenar, Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim akur dengan suratan hidupnya.

Dia juga mengaku sukar melelapkan mata sejak tiga minggu lalu.

“Mata mengantuk, tetapi tidak boleh tidur. Otak seolah-olah berjalan memikirkan pelbagai perkara termasuk nasib diri.

“Saya hilang arah dan terk.apai-k.apai memikirkan pengakhiran hidup. Namun, saya bersyukur ada yang datang membuka jalan mencuba kerja baharu.

“Mungkin saya akan mempertimbangkan tawaran kerja itu,” katanya yang belum terfikir untuk kembali aktif dalam dunia seni.

Dalam perkembangan lain, Fiza beruntung kerana bekas suami,
Ahmed Farriq Zainul Abidin sentiasa memberi perhatian terutama kepada dua anak mereka, Ferra Aryana, 13, dan Feeya Adyrra, 12.

Fiza dan Ahmed Farriq bercerai pada 4 November 2010 selepas hampir empat tahun berkahwin.

Perkahwinan kedua Fiza dengan penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia (AF), Adam, pada September 2013, juga tidak kekal.

Sementara itu, Fiza menjawab gosip konon berkahwin dengan pelawak, Saiful Apek gara-gara tersebar foto mesra mereka yang dikongsi Fiza di Instagram (IG).

“Tidak ada istilah saya menjadi isteri keduanya. Kami hanya bertemu di sebuah program ‘game show’. Foto yang tular itu dirakamkan isterinya sendiri.

“Kami sama-sama ketawa apabila mendapat tahu g0sip bertebaran,” katanya.

Sumber : BH via http://www.videoviral.co/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *