“Flex 50 Biji Sport Car, Kena Panggil LHDN Salahkan Bangsa Sendiri D3ngki.”

Semasa

Kecoh sebuah video yang memaparkan kekec3waan seorang pemuda apabila dia dipanggil oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi sesi soal jawab.

Menurutnya lagi, mereka yang melaporkan kepada LHDN adalah orang yang d3ngki dengan kekayaannya serta tidak senang melihat bangsa sendiri berjaya.

Bagaimanapun, netizen mempunyai pendapat yang berbeza. Sudahlah sibuk menayang kemewahan di media sosial, beli kereta sport secara tunai, tiba-tiba nak salahkan orang lain? Kau dah kenapa?

Rentetan itu, netizen terus menyelongkar laman instagram berkenaan kerja dan peribadi pemuda tersebut. Dengan biografi yang terang-terangan menyatakan memiliki sehingga 50 buah kereta mewah serta gaya hidup yang menunjukkan kekayaannya, sudah pasti LHDN sendiri dapat menghidunya.

Jadi, di mana relevannya bangsa Melayu yang dengki itu ya?

Foto : Twitter

Foto :IG

Dikatakan lelaki tersebut terlibat dalam aktiviti perniagaan tukar beli mata wang (forex) hingga mampu membeli kereta mewah secara tunai, tetapi kenapa pula menggelabah hingga menyalahkan bangsa sendiri bila LHDN panggil?

Foto : IG

Sumber: -CARI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *