NORA DANISH Dan TIZ ZAQYAH Disahkan Positif Cov1d-19

Artis

KUALA LUMPUR: Empat hari menjelang Syawal, pelakon Tiz Zaqyah dan Nora Danish reda disahkan positif COV1D-19.

Dua pelakon jelita itu berkongsi berita dijangkiti wabak berkenaan melalui hantaran di Instagram (IG) masing-masing.

Tiz mengesahkan sedang menjalani tempoh kuarantin 10 hari di rumah, bermula hari ini.

“Pagi tadi, kira-kira jam 8.30 pagi, saya mendapat panggilan daripada sebuah pusat perubatan di Subang Jaya, Petaling Jaya, memaklumkan saya positif COV1D-19.

“Saya diminta menjalani kuarantin di rumah. Doakan saya dan keluarga selamat serta baik-baik sahaja.

“Hendak raya, dapat berita begini. Saya tidak mampu melawan kehendak takdir. Nampaknya, kena beraya dalam keadaan yang tidak menyeronokkan,” katanya.

Tiz yang merangkul trofi Pelakon Televisyen (TV) Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-23 mengaku tidak sedap badan sejak beberapa hari lalu.

“Ada sedikit batuk dan saya menggigil kesejukan untuk tempoh sekejap. Saya mula fikir badan tidak bertindak balas seperti biasa dan terus membuat pemeriksaan.

“Kepada yang lain, kalau ada simptom seperti selesema, batuk, bersin dan pening kepala lekas buat pemeriksaan. Mungkin kita rasa normal, tapi boleh jadi sebaliknya.

“Jadilah rakyat bertanggungjawab dengan pergi membuat pemeriksaan. Jangan ambil mudah dan tanpa sedar memberi risiko kepada orang lain,” katanya.

Sementara itu, Nora berkata, dia membuat ujian calitan kerana difahamkan mempunyai kontr4k rapat individu dalam kategori C.

“Keputusan pagi tadi mendapati saya positif walaupun tiada sebarang simpt0m.

“Sekarang Nora kuarantin sendiri dalam bilik agar anak-anak dan suami selamat.

“Mereka juga sudah melakukan ujian calitan melalui kaedah ‘Real-Time Reverse Transcription-Polymerese Chain Reaction’ (RT-PCR) atau kit ujian pantas antigen pada jam 12 tengah hari tadi.

“Doakan untuk kami semua iya,” luahnya dalam entri di IG.

Nora berkata, dia sepatutnya menghadiri temujanji untuk mendapatkan suntikan vaksin di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, pagi tadi.

“Namun, saya dinasihatkan kuarantin duhulu. Insya-Allah, pasti ada hikmah atas apa yang terjadi.

“Bagi sesiapa yang berjumpa saya antara 4 hingga 8 Mei lalu, saya mohon lakukan ujian calitan sebagai langkah berjaga-jaga.

“Jaga diri dan akur prosedur operasi standard (SOP)… Maafkan saya,” katanya.

Kredit:BHarian

 

Sumber: http://www.awatttsyeikhh.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *