[VIDEO]Gadis Seb4k Nampak Wanita Mirip Ibu Sendiri, Minta Izin Nak Peluk Kerana Terlalu Rindu

Keluarga Semasa

Membesar dari keluarga yang por4k per4nda, Egiselpiana terpaksa berpisah dengan ibunya beberapa tahun lalu. Menurut TribunNews, si ibu terpaksa pergi dari rumah mereka dan tidak dapat dikesan lagi.

Malah, hingga kini, usaha Egi mencari ibunya belum membuahkan hasil.

Melalui video dikongsikan gadis itu di TikTok Khamis lalu, Egi menceritakan saat bertemu seorang wanita yang seakan wajah ibunya.

“Aku lahir dari broken home. Ditinggal ibu. Raya ni rasa sunyi.. Tak sengaja aku hanya dapat melihat muka yang mirip ibu aku di mall,” tulis gadis itu.

Katanya, wanita bertudung merah dan memakai topeng muka itu sangat serupa dengan ibunya. Namun setelah bertemu, barulah gadis itu sedar persamaan itu hanyalah disebabkan topeng muka yang dipakai.

“Terkejut sangat. Ingatkan ibu saya, rupanya cuma mirip.”

Lantaran terlalu rindu, gadis itu mendekati wanita berkenaan dan meminta izin untuk mem3luknya.

“Minta izin dengannya untuk pelvk sebab belum pernah rasa pelvkan dari ibu kandung sendiri. Ini masanya untuk pelvk orang yang mirip ibu kandung sendiri,” ujarnya.

“Walaupun hanya mirip, tapi rasa sangat ketulusan seorang ibu,” luah gadis berkenaan yang mengharap dapat bertemu dengan ibunya semula.

“Cepat pulang ya ibu. Semoga ibu ingat anakmu ini.”

Dalam video berasingan, Egi berpesan kepada orang ramai agar terus berbakti kepada kedua-dua orang tua dan tidak membuatkan mereka menitiskan air mata.

Sumber: Tribun News, TikTok via Siakap Keli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *