“Saya Anggota Baru Blackpink..” – Warganet ‘Keliru’ Kak Lina Pom Pom Ahli Blackpink Ke Minnie Mouse?

Artis

Nama Elly Mazlien atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lina Pom Pom yang semakin melonjak naik ini sentiasa menjadi perhatian warganet lebih-lebih lagi setelah dia aktif dalam bidang lakonan serta pengacaraan. Ramai di antara pengikutnya yang sentiasa geli hati apabila melihat gelagat Kak Lina yang penuh spontan itu. Aksi ‘masuk air’ Kak Lina kadang kala di luar jangkaan peminatnya.

Fenomena K-POP yang menular di negara kita ini turut menarik perhatian Kak Lina Pom Pom apabila dia ‘mengakui’ dirinya sudah pun menjadi anggota baru kumpulan Korea Blackpink yang menjadi kegilaan anak muda pada zaman sekarang. Menerusi posting di akaun Instagram miliknya, Kak Lina memuat naik sebuah gambar di mana rambutnya didandan tocang dua seperti gaya KPOP. Menurutnya, nama baharu sempena menjadi ahli Blackpink ialah Mohhhhhnalizzzzz. Gitu.. Hebat ya!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 💋SaraAzlan💋 (@iamellymazlein)

Meninjau di ruangan komen, rata-rata daripada pengikutnya terhibur dengan gelagat Kak Lina yang menghiburkan itu. Bukan itu sahaja, rakan-rakan selebriti turut memuji imej Kak Lina yang comel seperti remaja Korea itu. Eh, tapi ada juga yang berkata Kak Lina Pom Pom salah tema? Sebaliknya bukan ahli Blackpink, tetapi ahli Disney Minnie Mouse dek kerana rambutnya yang bertocang dua. Amboi, ada-ada saja ya warganet ni.

Sungguh jelita Kak Lina ni, seri ibu mengandung ke tu? Hihihi.. Apa-apa pun, bertenang semua, posting yang dimuat naik oleh Kak Lina itu hanyalah gurauan semata-mata. Tapi, cuba bayangkan jika betul Kak Lina ahli baru Blackpink, gempak ya! Hiks!

 

Sumber: Instagram Elly Mazlien via Kool FM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *