“Nabi Yang Cakap, Ustaz!”- Suhaimi Saad Pertahankan Siti Nurhaliza , Tegur Ridhuan Tee

Artis

Semalam heb0h apabila Prof Dr Mohd. Ridhuan Tee Abdullah memuatnaik sebuah hantaran di Facebooknya, merujuk kepada kenyataan Datuk Sri Siti Nurhaliza di IG Storiesnya. Siti menulis bahawa seorang ustaz memberitahu bahawa dia mengumpul “pahala percuma”, setelah dikrit1k teruk kerana melanggar SOP semasa upacara tahnik untuk anaknya awal minggu ini.

Katanya, tindakan memetik nama orang beragama untuk melindungi diri dari kesalahan mereka sendiri juga dianggap tidak wajar.

Terkini, penyanyi nasyid Suhaimi Saad menyuarakan sokongannya terhadap kenyataan penyanyi nombor satu negara itu. Katanya, kenyataan yang dibuat oleh Siti bukan dari ustaz namun Nabi yang mengutarakan tentang pahala yang dirai dalam bulan Ramadan ini.

“Betol la apa yang siti tulis tu. aku sokong siti. Bukan ustaz mana cakap. Nabi yang cakap, memang pahala ibadah kita dalam bulan ramadhan ni Allah ganda gandakan. Bila orang kata, ump4t, a1bkan dan fitn4h kita, kalau kita sabar, memang Allah akan bagi pahala yang besar.

Takkan benda basic macam tu pun tak tau. Tak payah nak burukkan keadaan la ustad. Makin lama makin buruk dan hilang hormat orang pada ustad.

Nak tibai  Siti, pastu nak bela netizen-netizen lang4u ni ke apa?

Patut ustad tolong tenangkan dan nasihat masyarakat supaya jaga lidah dan jari dalam bulan mulia ni. Ini dah macam nak menangguk di air keruh pulak. Tak elok ustad. Stop stop la politikkan semua benda. Malu dekat Allah.”

 

Sementara itu, Suhami juga menasihati Ridhuan Tee supaya tidak mecari pasal dengan isu yang tiada kaitan dengan dirinya. Di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan apa yang disampaikan oleh Suhaimi.

 

Sumber: Murai MY

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *