‘Kakak berbaju peach’ curi tumpuan ramai, pandu kereta guna k4ki

Semasa

Bagi kita yang sempurna keupayaan pasti pernah membayangkan hidup tanpa salah satu anggota badan, adakah kita mampu meneruskan hidup seperti biasa, ataupun kita akan memerlukan bantuan orang lain.

Hakikatnya, hidup orang yang sempuna tubuh badan pun belum tentu mudah, apatah lagi mereka yang kelainan upaya dan perlu membiasakan diri dengan persekitaran yang hanya memenuhi keperluan orang cukup upaya.

Seperti sebuah rancangan temubual Britain baru-baru ini yang membangkitkan kesedaran tentang komuniti dengan masalah pendengaran, video yang dikongsikan walau bagaimanapun menerima kritikan netizen kerana tidak menyediakan kapsyen atau penterjemah bahasa isyarat agar orang yang pekak juga dapat memahami video tersebut.

Seorang wanita pula berkongsikan bagaimana sukar untuk dia bergerak sebagai seorang yang menggunakan kerusi roda kerana jalan-jalan yang disediakan sangat sempit dan tidak mesra orang kurang upaya.

Ternyata kehidupan sebagai orang yang kelainan upaya adalah sangat mencabar, namun seorang wanita dari TikTok ini membuktikan bahawa kekurangannya tidak menghalang dia dari melakukan apa yang orang lain boleh buat.

Dalam video yang telah mencuri perhatian ramai, wanita yang digelar ‘kakak berbaju peach’ tersebut dilihat mengawal stereng dengan mudah ketika memandu menggunakan kak1nya sahaja.

Selain itu pakar motivasi berkenaan juga dilihat dapat menggunakan telefon dengan cekap menggunakan kakinya sekali gus membuktikan bahawa kebolehan manusia adalah tidak terbatas.

Rata-rata netizen juga meluahkan rasa kagum dengan kecekalan dan semangat kakak berbaju peach yang bernama Nor Farrah Syahirah Shaari itu kerana tidak membenarkan kekurangannya membataskan kehidupannya.

 

Sumber: HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *