“Datuk Tu Kena Sedar Diri, Baik Fokus Meniaga” – Ezuwan Ismail ‘Carvt’ Aliff Syukri

Artis

Pereka fesyen terkenal Ezuwan Ismail meng3cam suara usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Aliff Syukri yang muncul dengan sebuah lagu raya berjudul Lala Raya.

Menerusi laman sosial Instagram, Ezuwan menulis luahan berbentuk kecaman tersebut untuk tatapan umum.

Menurut Ezuwan, dia merasakan suaranya lebih sedap, tak perlu auto tune, asli daripada tekak serta boleh menyanyi secara langsung dengan baik berbanding Aliff.

“Habis itu, siapa lagi kalau bukan dia. Saya malas nak letak atau tulis namanya, nanti bagi publisiti percuma saja dekat dia. Tak payah menyanyi guna ‘auto tune’ sangatlah. Tahulah tahap keyakinan dia tinggi sampai boleh ‘terpelanting’ penyanyi sedia ada lain.

“Saya pun pernah dikec4m tak nyanyi bagus sampai pernah dic4rut menyanyi seperti tercekik sudu oleh Rozita Che Wan. Namun saya rasa mutu vokal sendiri taklah set3ruk dia. Saya siap masuk kelas vokal. Pendek kata suara saya lagi bagus berbanding dia.


“Dia yang banyak kali keluar lagu pun, tak ada peningkatan langsung. Baik tak payah menyanyi sebab memang tak boleh menyanyi pun. Tahulah dia banyak duit, tapi rasanya cukup cukuplah. Lebih baik dia fokus perniagaan dan buat viral macam selalu,” jelas pereka yang berasal daripada Kelantan itu.

Ditanya adakah dia berkawan baik dengan ahli perniagaan tersebut, Ezuwan tidak menafikan perkara itu.

“Saya mengenalinya dan masing masing pernah bersua dan bertegur sapa di beberapa majlis tertentu.

“Saya rasa tak salah menegur. Sampai bila nak biarkan dia berfantasi buat benda yang tak perlu seperti menyanyi. Iya dia ada duit dan kaya, tapi lebih baik dilaburkan untuk benda mendatangkan untung

“Saya pun menyanyi atas paksi ukur baju di badan sendiri. Setakat berangan biasa biasa itu adalah. Jauh sekali nak berentap di Anugerah Juara Lagu dan acara muzik lain. Saya realistik,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Ezuwan turut tampil dengan sebuah naskhah raya berjudul Lambaian Pagi Syawal.

Lagu yang dirakam pada 10 Mac lalu itu hasil ciptaan komposer otai, S Atan dan lirik oleh Siso Kopratasa.

 

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *