Sewaktu ramai netizen sedang mempertikaikan tentang selebriti Neelofa melanggar prosedur operasi standard (SOP), muncul pula kisah pelakon genit Intan Najuwa.
Apa yang menjadi perhatian netizen adalah cara pemakaiannya pada bulan Ramadan ini yang dikatakan seakan ‘tidak cukup kain’.
Bergaya ‘s3ksi’ di bulan puasa
Baru-baru ini, bintang drama Tak Sempurna Mencintaimu itu ada berkongsi sebuah video menerusi laman sosial Instagram miliknya.
Dalam video itu, kelihatan pelakon berusia 24 tahun itu memakai baju yang mendedahkan perut.
View this post on Instagram
Selain itu, sebuah lagi perkongsian video memperlihatkan selebriti itu memakai dres dan seluar pendek turut diserang oleh para netizen yang rata-rata ‘menyekolahkan’ selebriti berkenaan.
View this post on Instagram
Bulan puasa ni tutuplah sikit
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang menegur Intan Najuwa kerana menganggap baju sebegitu tidak sesuai dipakai terutamanya di bulan puasa.
Moga Intan tutup aur4t
Cantik tak guna kalau tak tutup aurat
Terdahulu, Intan Najuwa pernah didakwa putus tunang gara-gara kehadiran orang ketiga iaitu pelakon Zul Ariffin.
Bagaimanapun, kedua-dua selebriti berkenaan menepis tuduhan tersebut dan Intan menegaskan hubungan dengan bekas tunangnya berakhir tanpa melibatkan orang ketiga.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MV
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @
Sumber: Instagram Intan Najuwa via MOTIFVIRAL