Bill Gates ‘Hadiahkan Wang Perp1sahan’ Sebanyak Ini Kepada Bek4s Isterinya

Semasa

Pencer4ian adalah perkara yang mengerikan buat sesiapa sahaja, namun jika anda adalah isteri Bill Gates dan mendapat ‘hadiah’ perpisahan sebanyak USD$ 1.8 bilion (RM7.4 bilion), mungkin itu dapat melunaskan banyak perkara termasuk kesed1han.

Awal minggu ini, The Vocket melaporkan pasangan Bill Gates dan Melinda Gates mengumumkan perpis4han mereka kepada dunia. Dan di hari yang sama, Bill dilaporkan telah memindahkan stoknya di Cascade Investment bernilai USD$ 1.8 bilion kepada Melinda.

Menurut Forbes, perpindahan ini membawa maksud Melinda kini dinilai mempunyai kekayaan sama seperti jumlah terbabit. Manakala nilai Bill pula jatuh sedikit ke USD$ 128.6 bilion.

Gambaran besarnya adalah Melinda hanya mendapat sedikit kekayaan Bill  dan walaupun nilai kekayaan Bill jatuh, namun pengasas Microsoft tersebut masih merupakan orang keempat terkaya di dunia.

Difahamkan, syarikat pelaburan terbabit digunakan untuk mengurus kewangan Bill, ia merangkumpi sahamnya bersama Microsoft. Tetapi setelah beberapa tahun, Bill telah memberi atau menjual sebahagian besar sahamnya sehingga ia tinggal dengan kurang dari satu persen.

Walaupun tidak jelas adakah Bill dan Melinda ada menandatangani kontrak pra-perkawinan yang membawa kepada persetujuan bahawa pemindahan saham akan menjadi sebahagian dari penyelesaian percer4ian jika mereka berpisah kelak.

Untuk rekod, kedua pasangan sebelum ini mengumumkan perpisahan mereka setelah 27 tahun hidup bersama. Pengasas bersama Microsoft mengatakan bahawa dia bangga dengan apa yang telah dia dan Melinda capai selama hampir tiga dekad.

 

Sumber: VOCKET

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *