Instafamous Dikomp4un RM1,500 Tak Pakai Mask Buat Video TikTok Raya

Artis

Tiada sebarang bayaran atau sagu hati diterima oleh polis menerusi sebuah video TikTok yang tular di laman sosial memaparkan adegan raya seorang instafamous bersama tiga anggotanya.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali berkata, hasil semakan, seorang lelaki yang menaiki kereta jenis Honda City berwarna putih melakonkan adegan raya bersama dua anggota polis dan seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang lengkap beruniform.

Kredit foto: TikTok

Menurutnya, ketiga-tiga anggota berkenaan sedang bertugas dalam Team Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya.

“Lokasi adegan raya ini dilakonkan di Bukit Rimau, Presint 3, Putrajaya pada Ahad lalu. Video tersebut telah mendapat kec4man netizen kerana pelakon tidak memakai pelitup muka serta mempersendakan alasan-alasan yang diberikan bagi tujuan rentas negeri.

“Tiada sebarang bayaran atau saguhati terlibat atau diterima oleh pihak polis dalam hal ini. Ketua Polis Daerah Putrajaya tidak pernah membenarkan video tersebut dirakam atau dikeluarkan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Fadzil berkata, lelaki terbabit telah dipanggil memberi keterangan di IPD Putrajaya dan dikompaun atas kesalahan melanggar SOP iaitu tidak memakai pelitup muka.

Terdahulu sebuah video berdurasi dua minit 21 saat menjadi tular di laman sosial memaparkan aksi seorang instafamous lelaki yang juga usahawan produk kosmetik memegang plakad dengan pelbagai alasan kononnya ingin merentas negeri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)


Dalam video tersebut turut kelihatan tiga anggota bertugas dengan berpakaian uniform lengkap meminta instafamous berkenaan berpatah balik selain ada adegan mereka menikmati juadah raya bersama-sama.

Video berkenaan mendapat pelbagai reaksi netizen dengan rata-ratanya mengecam instafamous terbabit yang tidak memakai pelitup muka selain dianggap mempersenda alasan untuk merentas negeri.

Sementara itu, BERNAMA melaporkan bahawa instafamous berkenaan dikompaun sebanyak RM1,500 atas kesalahan terbabit.

Sumber: MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *